PENYATA POLISI & PROSEDUR
PENYATA POLISI & PROSEDUR
Bahagian 1 – Pengenalan
1.1 Am
Undang-undang & Peraturan berikut bertujuan untuk melindungi hak-hak Pengedar Syarikat serta mentadbir Pengedar dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, dan bukannya bertujuan untuk mengekang aktiviti perniagaan Pengedar. Untuk menjadi Pengedar MAXGABA yang bertanggungjawab dan beretika, anda perlu memahami dan mematuhi Undang-undang & Peraturan ini. Sebarang pelanggaran Undang-undang & Peraturan yang telah ditetapkan akan mengakibatkan penamatan Keahlian anda.
1.2 Polisi dan Pelan Perniagaan membentuk sebahagian daripada “Perjanjian Pengedar”
Polisi dan Prosedur yang sedia ada dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat oleh MAXGABA INTERNATIONAL TRADING SDN BHD ianya juga dikenali sebagai “MAXGABA INTERNATIONAL” atau “Pihak Syarikat” atas pertimbangan mutlaknya. Ia membentuk sebahagian daripada “Perjanjian Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL”. “Perjanjian” berikut adalah merujuk kepada “Peraturan-peraturan Perjanjian Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL”, “Polisi”, “Prosedur” dan “Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL”.
Dokumen berikut merupakan sebahagian daripada Perjanjian Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL (dalam bentuk sedia ada dan apa jua pindaan yang mungkin dilaksanakan oleh MAXGABA INTERNATIONAL). Semua Pengedar harus membaca, memahami, mematuhi dan memastikan dirinya bersedia dan beroperasi mengikut versi Polisi dan Prosedur yang telah dikemaskinikan ini. Semasa menaja atau mendaftarkan Pengedar baru, Penaja seharusnya bertanggungjawab untuk membekalkan versi Polisi dan Prosedur dan Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL yang dikemaskinikan kepada pemohon sebelum menandatangani Perjanjian Pengedar.
1.3 Tujuan Polisi & Prosedur
Penjualan produk-produk MAXGABA INTERNATIONAL di pasaran adalah melalui Pengedar-pengedar bebas, ia adalah penting untuk memastikan kejayaaan anda dan rakan niaga anda bergantung kepada integriti pasukan yang memasarkan produk kami. Ini diistilahkan bahawa hubungan yang wujud antara Pengedar dan MAXGABA INTERNATIONAL, ia adalah untuk menetapkan dengan tepat satu piawaian perniagaan yang boleh diterima pakai, perjanjian yang telah ditubuhkan oleh MAXGABA INTERNATIONAL.
Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL harus mematuhi kesemua Syarat dan Peraturan yang terkandung dalam Perjanjian ini dan apa jua pindaan yang mungkin dilaksanakan oleh MAXGABA INTERNATIONAL atas pertimbangan mutlaknya dari masa ke semasa, dan juga undang-undang persekutuan, negara, daerah, wilayah dan tempatan yang mengawal perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL dan tingkah lakunya. Sekiranya anda tidak faham dengan kesemua syarat dan peraturan yang ditetapkan ini, jadi adalah penting bagi anda untuk membaca dan mematuhi Perjanjian ini. Sila baca semua informasi dalam buku panduan ini dengan teliti. Ia menerangkan dan memerintah hubungan anda, selaku Pengedar bebas dengan Pihak Syarikat. Sila dapatkan bantuan daripada Penaja anda atau MAXGABA INTERNATIONAL sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang Polisi atau Peraturan berikut.
1.4 Pindaan Pada Perjanjian
Atas sebab undang-undang persekutuan, negara, daerah, wilayah dan tempatan serta suasana perniagaan yang mungkin berubah dari masa ke semasa. MAXGABA INTERNATIONAL mempunyai hak mutlaknya untuk meminda Perjanjian dan harga produk. Sebaik saja menandatangani Perjanjian Pengedar, bermakna seseorang Pengedar bersetuju untuk mematuhi kesemua pindaan atau perubahan yang diputuskan oleh MAXGABA INTERNATIONAL. Segala pindaan akan berkuatkuasa sebaik saja notis pindaan perjanjian diberikan kepada semua Pengedar.
Notis pindaan hendaklah disiarkan dalam bahan-bahan media MAXGABA INTERNATIONAL yang rasmi. Pihak Syarikat akan membekalkan semua Pengedarnya dengan senaskhah notis pindaan yang lengkap melalui salah satu atau beberapa cara berikut: (1) mengumumkan dalam laman web MAXGABA INTERNATIONAL yang rasmi; (2) Mel elektronik (e-mel); (3) faks; (4) disertakan dalam tempahan produk; (5) Pos istimewa. Perlanjutan perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL atau penerimaan bonus atau komisen juga membentuk penerimaan seseorang Pengedar terhadap mana-mana dan kesemua pindaan berkenaan.
1.5 Perubahan dan/ atau Pindaan
Pengedar hendaklah mematuhi Undang-undang & Peraturan Syarikat serta sebarang pindaan yang dibuat oleh Syarikat dari masa ke semasa, dengan syarat pindaan sedemikian telah diumumkan melalui bahan penerbitan Syarikat atau sebaliknya dimaklumkan kepada Pengedar.
1.6 Penangguhan
MAXGABA INTERNATIONAL tidak akan bertanggungjawab ke atas segala penangguhan atau kegagalan dalam melaksanakan kewajipan seseorang yang disebabkan oleh peristiwa yang di luar jangkaannya. Peristiwa tersebut termasuk, dan tidak terhad kepada mogok, pertikaian pekerjaan, rusuhan, peperangan, kebakaran, kematian, mala petaka, kesuntukan bekalan dari mana-mana sumber, atau dekri atau perintah yang diberi oleh kerajaan.
1.7 Kebolehpisahan Dasar-dasar dan Peruntukan
Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini (dalam bentuk sedia ada atau yang mungkin dipinda) didapati tidak sah, atau tidak boleh dikuatkuasakan atas apa-apa sebab, maka hanya bahagian yang tidak sah dalam peruntukan tersebut akan dipisahkan, sementara syarat dan peruntukan yang lain tetap sah dan berkuatkuasa dengan sepenuhnya. Ini bermakna peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu dianggap tidak pernah wujud dalam Perjanjian ini.
1.8 Pengetepian Hak
Pihak Syarikat tidak pernah melepaskan haknya untuk menegaskan kepatuhan terhadap perjanjian dan mengawal urusan perniagaan dengan undang-undang. Kegagalan MAXGABA INTERNATIONAL dalam mempraktikkan mana-mana haknya di bawah Perjanjian atau menegaskan kepatuhan seseorang Pengedar terhadap kesemua tanggungjawab atau peruntukan dalam Perjanjian, dan amalan mana-mana pihak yang bercanggah dengan peraturan-peraturan Perjanjian, tidak harus membentuk pengetepian hak MAXGABA INTERNATIONAL dalam menegaskan kepatuhan terhadap Perjanjian.
Pengetepian hak hanya akan berkuatkuasa dengan surat bertulis daripada pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Syarikat. Pengetepian hak terhadap mana-mana Pengedar yang melanggar Perjanjian tidak akan mempengaruhi atau melemahkan hak-hak MAXGABA INTERNATIONAL terhadap pelanggaran yang terjadi, dan juga tidak mempengaruhi hak atau tanggungjawabnya terhadap Pengedar yang lain.
Tuntutan atau tindakan yang diambil oleh Pengedar terhadap MAXGABA INTERNATIONAL tidak akan membentuk satu rintangan kepada MAXGABA INTERNATIONAL untuk menguatkuasakan mana-mana syarat atau peruntukan dalam Perjanjian ini.
Bahagian 2 – Menjadi Pengedar
2.1 Syarat untuk menjadi seseorang Pengedar
a) Pemohon yang ingin menjadi Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL hendaklah; seseorang individu yang cukup umur mengikut undang-undang tempat kediamannya; syarikat, rakan kongsi, atau pemilik tunggal. Mana-mana individu yang berusia bawah undang-undang yang tinggal di Malaysia boleh memohon untuk menjadi Pengedar MAXGABA. Mana-mana permohonan atas nama pihak ketiga tidak akan diterima.
b) Membeli produk MAXGABA INTERNATIONAL
c) Kemukakan Perjanjian Pengedar yang lengkap kepada MAXGABA INTERNATIONAL (sila rujuk Bahagian 2.2 di bawah);
d) Pihak Syarikat mempunyai kuasa mutlak untuk menolak mana-mana permohonan untuk Pengedar baru atau permohonan untuk pembaharuan.
e) Pengedar Syarikat bukan ejen, wakil syarikat, pekerja atau pasangan pekerja dalam Syarikat.
f) Semua pemohon haruslah ditaja oleh seseorang Pengedar berkuatkuasa yang sedia ada.
2.2 Pendaftaran Pengedar Baru
Langkah-langkah untuk menjadi sebagai Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL yang baru adalah seperti berikut:
a) Untuk menjadi Pengedar baru, pemohon hendaklah diperkenalkan oleh seorang Pengedar sedia ada dan membuat pendaftaran dalam talian melalui laman web MAXGABA INTERNATIONAL;
b) Hanya satu (1) nombor kad pengenalan dan satu (1) nama boleh didaftarkan untuk satu (1) akaun keahlian.
c) Pengedar mulai berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan daripada Pihak Syarikat. ID Ahli dan Kata Laluan akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel atau pesanan ringkas SMS.
d) Pengedar baru dikehendaki menggunakan ID Pengedar dan Kata Laluannya di laman web untuk mempromosikan produk dan Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL.
2.3 Faedah-faedah menjadi Pengedar
Sebaik saja permohonan diterima oleh MAXGABA INTERNATIONAL, Pengedar baru dapat menikmati faedah-faedah yang dinyatakan dalam Pelan Perniagaan dan Perjanjian Pengedar, antaranya termasuk:
a) Menyertai Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL (perolehi bonus dan komisen, sekiranya layak);
b) Menaja individu yang lain menjadi Pengedar dan menyertai Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL, seterusnya membina sebuah organisasi dan terus maju dengan mengusahakan Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL;
c) Melibatkan diri dalam MAXGABA INTERNATIONAL – sokongan atas penajaan, perkhidmatan, latihan, sesi motivasi dan majlis penganugerahan dengan bayaran yang munasabah, jika berkenaan.
2.4 PengedarSuami-Isteri
a) Suami dan isteri boleh memohon untuk menjadi Pengedar secara berasingan, tetapi permohonan tersebut mesti berada di bawah tajaan yang sama.
b) Jika didapati dua orang pengedar tunggal yang telah menjalankan perniagaan mereka secara berdikari sebelum perkahwinan, maka mereka mempunyai pilihan berikut:-
i. Salah seorang Pengedar meletakan jawatan atau
ii. Terus mengekalkan hak Pengedardan kumpulan penajaan asal masing-masing
c) Permohonan untuk menjadi Pengedar, pasangan suam-isteri akan berkongsi semua bonus dan anugerah bersama-sama.
d) Dalam kes penceraian, perkongsian bonus atau anugerah harus dibahagikan secara sama rata kecuali pasangan tersebut telah bersetuju dengan cara pembahagian tersendiri.
2.5 Perceraian
a) Sekiranya Keahlian terpisah akibat perceraian, perpisahan tersebut perlu dilakukan dengan cara yang tidak akan menjejaskan kepentingan Keahlian lain dalam barisan penajaan yang sama.
b) Dalam tempoh menunggu prosiding perceraian, tiada satu pun pihak terbabit dibenarkan mengoperasikan atau menyertai mana-mana perniagaan jualan langsung yang lain.
c) Pasangan yang bercerai hendaklah mencapai persetujuan bersama dan salah seorang daripada mereka perlu menghantar “Application for Termination of Distributorship” (Permohonan Menamatkan Keahlian) kepada Syarikat.
d) Setelah penamatan dimuktamadkan, pihak yang terbabit boleh memohon semula untuk menjadi Pengedar di bawah penajaan baharu. Sekiranya sebarang pertikaian timbul disebabkan sesuatu perceraian dantidak diliputi dalam skop Undang-undang & Peraturan Syarikat, undang-undang negara yang berkenaan akan diguna pakai.
2.6 Penjualan Keahlian
a) Penjualan Keahlian tidak dibenarkan atau/dan diluluskan.
b) Penjualan Keahlian dibenarkan HANYA jika semua syarat berikut dipenuhi, namun ia tertakluk pada kelulusan syarikat.
c) Hanya Keahlian yang bereputasi baik dan berpangkat Diamond boleh menghantar dan memohon untuk menjual Keahlian mereka.
d) Pengedar mesti meminta kelulusan syarikat secara bertulis sebelum sebarang penjualan Keahlian boleh dilakukan.
e) Kelulusan adalah tertakluk pada semakan kelayakan pembeli yang dicadangkan dan niatnya untuk menguruskan keahlian tersebut, serta persetujuan dan kelulusan syarikat.
f) Selepas penjualan diluluskan oleh syarikat, satu perjanjian jualan dan belian perlu ditandatangani antara pembeli dan penjual. Satu salinan perjanjian jualan dan belian yang dikenakan duti setem perlu dihantar kepada syarikat untuk difailkan.
g) Mana-mana Pengedar yang telah menjual Keahlian mereka hanya boleh memohon untuk menyertai Syarikat sebagai Pengedar selepas 1 tahun dari tarikh penjualan atau pemindahan tersebut. Oleh sebab itu, dia akan dianggap sebagai bermula dari sifar tanpa sebarang kaitan dengan mana-mana downline terdahulu.
h) Semua bonus yang terkumpul dalam Keahlian terdahulu akan dibayar kepada pemilik baharu. Anugerah dan pengiktirafan yang pernah diberikan kepada Keahlian tersebut akan dipindahkan kepada pemilik baharu, jika pemilik baharu itu berstatus Pengedar Syarikat. Walau bagaimanapun, pemilik baharu perlu mencapai kelayakan yang diperlukan sebelum dia berhak memperoleh sebarang anugerah dan pengiktirafan yang dipindahkan daripada Keahlian tersebut.
i) Secara amnya, menjual dan membeli Keahlian sedia ada dengan tujuan untuk menukar Keahlian tidak digalakkan. Syarikat akan meneliti transaksi tersebut untuk mengenal pasti sekiranya ia melanggar mana-mana dasar lain yang penting.
j) Syarikat berhak untuk tidak meluluskan sebarang penjualan atau pemindahan Keahlian tanpa perlu memberikan sebarang sebab.
Bahagian 3 – Mengusahakan Perniagaan MAXGABA INTERNATINAL Anda
3.1 Kepatuhan kepada Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL
Pengedar-pengedar perlu mematuhi syarat-syarat Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL yang termaktub dalam bahan-bahan bertulis MAXGABA INTERNATIONAL yang sah. Pengedar-pengedar tidak dibenarkan untuk menawarkan peluang Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL melalui, atau bergabung dengan sistem, rancangan atau teknik pemasaran yang berlainan. Pengedar-pengedar tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Pengedar atau Pelanggan dan Pengedar yang sedia ada supaya menyertai MAXGABA INTERNATIONAL melalui cara-cara yang berlainan daripada rancangan yang termaktub dalam bahan-bahan bertulis MAXGABA INTERNATIONAL.
Pengedar-pengedar tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Pengedar atau Pelanggan dan Pengedar yang sedia ada supaya menjadi Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL dengan menandatangani Perjanjian yang berlainan daripada Perjanjian MAXGABA INTERNATIONAL yang sah. Pengedar-pengedar juga tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Pengedar atau Pelanggan dan Pengedar yang sedia ada supaya membuat pembelian daripada, atau membuat pembayaran kepada mana-mana individu atau entiti yang lain bagi menyertai Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL dengan cara pembelian atau pembayaran yang berlainan daripada dicadangkan atau dinyatakan dalam bahan-bahan bertulis MAXGABA INTERNATIONAL yang sah.
3.2 Pengiklanan dan Promosi
3.2.1 Peraturan Am
Semua Pengedar hendaklah melindungi dan meningkatkan nama baik MAXGABA INTERNATIONAL dan produknya. Tindakan untuk memasarkan dan mempromosikan MAXGABA INTERNATIONAL, peluang pekerjaan MAXGABA INTERNATIONAL, Pelan Perniagaan dan produk MAXGABA INTERNATIONAL hendaklah selaras dengan kepentingan awam, dan mengelakkan sebarang tingkah laku atau amalan yang tidak bersopan, menipu, mengelirukan, tidak beretika atau tidak bermoral.
MAXGABA INTERNATIONAL mereka cipta produk, label produk, Pelan Perniagaan dan bahan-bahan promosi dengan teliti untuk memastikan setiap aspek MAXGABA INTERNATIONAL adalah adil, benar, berasas dan mematuhi undang-undang dan kod tingkah laku yang bersesuaian untuk memperkembangkan produk dan peluang perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL. Pengedar-pengedar hendaklah mengemukakan kesemua bahan bertulis, iklan, alat bantuan jualan, latihan dan laman web yang akan digunakan dalam MAXGABA INTERNATIONAL, bahan-bahan berkenaan tidak boleh digunakan sebelum mendapat kelulusan bertulis daripada Pihak Syarikat.
3.2.2 Nama Laman Web dan Alamat E-mel
Pengedar-pengedar tidak dibenarkan menggunakan atau dengan sengaja mendaftarkan mana-mana jenama, tanda dagang, jenama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, jenama produk dan nama Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL, atau apa-apa terbitannya sebagai nama laman webnya. Pengedar-pengedar juga tidak dibenarkan menjadikan atau dengan sengaja menjadikan mana-mana jenama, tanda dagang, jenama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, jenama produk dan nama Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL, atau apa-apa terbitannya sebagai alamat e-melnya.
3.2.3 Tanda Dagang dan Hak Cipta
Tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Syarikat, MAXGABA INTERNATIONAL tidak akan membenarkan sesiapa, termasuk Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL menggunakan jenama, tanda dagang, reka cipta atau simbolnya dengan sesuka hati. Pengedar tidak dibenarkan untuk menyalin sebarang rakaman aktiviti dan ceramah Syarikat untuk dijual atau diedar sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada MAXGABA INTERNATIONAL. Pengedar juga tidak dibenarkan menyalin semula, menjual atau mengedarkan mana-mana rakaman persembahan audio atau pita video Syarikat.
Nama MAXGABA INTERNATIONAL dan nama-nama lain yang mungkin diambil oleh MAXGABA INTERNATIONAL adalah nama-nama perdagangan, tanda dagang dan tanda-tanda khidmat yang dimiliki oleh MAXGABA INTERNATIONAL. Oleh itu,
tanda-tanda berkenaan adalah amat bernilai bagi MAXGABA INTERNATIONAL, ia hanya dibekalkan kepada Pengedar yang mendapat kebenaran bertulis dibenarkan menggunakan tanda-tanda berkenaan.
Semua Pengedar boleh masukkan perkataan “Pengedar Bebas MAXGABA INTERNATIONAL” dengan namanya sendiri dalam direktori telefon. Pengedar tidak dibenarkan memaparkan nama atau logo MAXGABA INTERNATIONAL pada iklan yang tersiar dalam direktori telefon. Pengedar tidak dibenarkan menjawab panggilan dengan berkata “MAXGABA INTERNATIONAL, “Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL” atau dengan apa-apa cara yang mengelirukan pemanggil mempercayai bahawa panggilannya telah disambung ke pejabat MAXGABA INTERNATIONAL.
3.2.4 Media dan Pertanyaan Media
Pengedar tidak dibenarkan untuk membalas pertanyaan dari media tentang MAXGABA INTERNATIONAL, produk atau Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL. Pertanyaan dari apa jua jenis media hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pemasaran MAXGABA INTERNATIONAL dengan segera. Polisi ini bertujuan untuk memastikan penyampaian informasi yang tepat, selaras kepada umum, dan juga mendirikan imej Syarikat yang baik.
3.2.5 E-mel dan Faks Yang Tidak Diminta
Selain daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini, Pengedar tidak dibenarkan mengguna atau menghantar faks yang tidak diminta, menghantar e-mel yang tidak diminta secara besar-besaran, atau apa jua yang mengenai Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL. Istilah “faks dan e-mel yang tidak diminta” bermaksud menghantar faks atau e-mel dengan tujuan mengiklankan atau mempromosikan MAXGABA INTERNATIONAL, produk, Pelan Perniagaan atau mana-mana aspek mengenai Pihak Syarikat kepada sesiapa yang melalui faks atau e-mel, melainkan faks atau e-mel yang dihantarkan: a) kepada seseorang yang telah memberi kebenaran terlebih dahulu; atau b) kepada seseorang yang mana Pengedar telah menjalinkan hubungan Perniagaan atau peribadi dengannya.
Istilah “menjalinkan hubungan perniagaan atau peribadi” bermaksud hubungan antara Pengedar dengan seseorang telah dibentuk secara sukareka dan melalui komunikasi dua hala terlebih dahulu dengan berasaskan: a) pertanyaan, permohonan, pembelian atau urus niaga yang dibuat oleh seseorang terhadap produk yang ditawarkan oleh Pengedar berkenaan; atau b) hubungan peribadi atau keluarga, yang mana hubungan tersebut masih tidak diputuskan oleh mana-mana satu pihak.
3.3 Dilarang Memperolehi Bonus Dengan Cara Yang Salah
Pengedar-pengedar adalah tidak dibenarkan untuk memindah mili bonus dari akaun pendedar tang lain kepada akaun sendiri tanpa kebenaran dari pengedar pihak ketiga.
Semua Pengedar dilarang memperolehi bonus dengan cara yang salah, antaranya termasuk: a) mendaftarkan individu atau entiti tanpa pengetahuan individu atau entiti dan/ atau Perjanjian Pengedar tidak ditandatangani oleh individu atau entiti yang berkenaan; b) mendaftar seseorang individu atau entiti sebagai Pengedar dengan cara menipu; c) mendaftar atau cuba mendaftar seseorang individu atau entiti yang tidak wujud sebagai Pengedar (“Pengedar Hantu”); atau d) membeli barangan MAXGABA INTERNATIONAL bagi pihak ahli yang lain, atau dengan ID Pengedar yang lain, supaya melayakkan diri untuk menikmati komisen atau bonus.
3.4 Penyataan dan Tindakan Yang Tidak Diberi Kuasa
3.4.1 Jaminan Ganti Rugi
Pengedar hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya ke atas sebarang penyataan lisan dan bertulis terhadap produk dan Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL yang tidak terkandung secara nyata dalam bahan-bahan bertulis MAXGABA INTERNATIONAL dengan sah. Pengedar bersetuju untuk melindungi MAXGABA INTERNATIONAL dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen MAXGABA INTERNATIONAL, dan mengelakkan mereka daripada mengalami sebarang kerosakan dan liabiliti yang dikenakan pada MAXGABA INTERNATIONAL akibat perwakilan atau tindakan Pengedar yang tidak diberi kuasa, antaranya termasuk keputusan mahkamah, hukuman sivil, pengembalian wang, bayaran peguam, kos perbicaraan atau kerugian. Peruntukan berikut adalah sah sekiranya Perjanjian Pengedar ditamatkan.
3.4.2 Pelan Pemasaran & Penyataan Produk
a) Tiada sebarang penyataan (termasuk pengakuan peribadi) mengenai kelebihan produk MAXGABA INTERNATIONAL, ia melainkan sekiranya terkandung dalam bahan-bahan bertulis MAXGABA INTERNATIONAL dengan sah.
b) Pengedar hendaklah memberikan penjelasan mengenai produk syarikat dan Pelan Perniagaan MAXGABA dengan tepat dan jujur. Pengedar tidak boleh mengagihkan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat dan tidak benar mengenai Syarikat, produk Syarikat dan sebagainya.
c) Selain itu, perlu dijelaskan bahawa program Syarikat adalah berdasarkan pada penjualan produk Syarikat. Perlu dinyatakan juga bahawa keuntungan hanya dapat diperoleh melalui komitmen dan usaha yang tekun.
d) Pengedar tidak boleh membuat sebarang dakwaan mengenai mana-mana produk Syarikat selain daripada yang terdapat dalam bahan penulisan dan/atau label Syarikat. Jika reputasi Syarikat terjejas disebabkan perkara ini, Pengedar yang berkenaan akan dipertanggungjawabkan terhadap semua kos atau kerugian yang ditanggung akibat tindakan sedemikian. Di samping itu, Pengedar tidak boleh meminta Syarikat terikat atau memberikan komitmen untuk menjelaskan sebarang penyelesaian berkaitan kos atau kerugian sedemikian.
e) Semua kenyataan mengenai huraian dan penggunaan produk perlu mematuhi dasar bertulis Syarikat dalam apa jua cara.
3.5 Penetapan Harga
a) Tiada seorang pun Pengedar dibenarkan meletakkan harga yang lebih rendah atau lebih tinggi untuk mana-mana produk Syarikat bagi tujuan meningkatkan keuntungan atau menggalakkan jualan. Tindakan ini boleh mengakibatkan Pengedar ditamatkan keahliannya dan/atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Syarikat.
b) Integriti Pelan Perniagaan MAXGABA dan keyakinan Pengedar lain perlu dikekalkan sepanjang masa.
c) Dalam konteks di atas, harga yang lebih rendah atau lebih tinggi bermaksud:-
i. Semua produk Syarikat hendaklah dijual pada Harga Runcit seperti mana ditetapkan atau diluluskan oleh Syarikat. Tiada seorang pun Pengedar yang boleh menaikkan atau merendahkan harga mana-mana produk.
ii. Tiada seorang pun Pengedar dibenarkan menjalankan promosi secara berasingan, melainkan dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat.
iii. Produk yang diperolehi semasa promosi atau tawaran murah hendaklah dijual pada harga runcit masing-masing.
iv. Pengedar tidak boleh menghasut, menggalakkan, membenarkan dan mengajar downline mereka menuntut rebat bonus/bayaran balik komisen semata-mata untuk membolehkan mereka meningkatkan daya saing mereka.
v. Pengedar tidak dibenarkan menjual semula produk Syarikat kepada downline, barisan sisi (sideline) dan kumpulan lain tanpa menghantar laporan jualan kepada Syarikat.
vi. Pengedar tidak dibenarkan membeli/menjual produk daripada/ kepada kakitangan Syarikat dan sebaliknya.
3.6 Tidak Cukup Umur
Sesiapa yang dianggap tidak cukup umur dalam negara kediamannya, ia tidak layak menjadi Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL. Pengedar tidak dibenarkan mendaftar atau mengambil masuk seseorang yang tidak cukup umur untuk menyertai program MAXGABA INTERNATIONAL.
3.7 Dilarang membungkus semula dan melabel semula
Pengedar tidak dibenarkan membungkus semula, melabel semula, mengisi semula atau mengubah label pada mana-mana produk, informasi, bahan bertulis atau program MAXGABA INTERNATIONAL dengan apa jua cara. Produk MAXGABA INTERNATIONAL hanya dibenarkan dijual dalam bekas asalnya. Pelabelan atau pembungkusan semula kemungkinan akan melanggar undang-undang persekutuan dan negara, seterusnya mengakibatkan hukuman jenayah yang serius. Anda harus menyedari bahawa liabiliti sivil kemungkinan berlaku dan akan dikenakan sekiranya seseorang mengalami apa-apa kecederaan atau kerosakan harta benda akibat penggunaan produk yang dibungkus dan dilabel semula.
3.8 Penajaan
Semua Pengedar yang aktif dan bereputasi baik berhak untuk menaja dan mendaftar orang lain menjadi sebagai Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL.
3.9 Prinsip Penajaan
a) Amalan menukar penaja melalui apa jua cara oleh mana-mana Pengedar adalah bertentangan dengan dasar Syarikat. Sebarang permohonan yang dihantar dengan niat untuk menukar penaja akan ditolak.
b) Amalan mendaftarkan Pengedar di bawah tajaan dua Keahlian atau lebih adalah bertentangan dengan dasar Syarikat. Perbuatan tersebut boleh mengakibatkan Keahlian Pengedar ditamatkan.
c) Permohonan untuk menukar penaja atau memindahkan sesetengah atau semua ahli dalam kumpulan sendiri ke dalam kumpulan lain adalah tidak dibenarkan.
d) Pengedar yang ingin menukar jaringan. Pengedar tersebut harus hantar Surat peletakan jawatannya kepada syarikat untuk menamatkan keahlian lama. Pengedar tersebut perlu menunggu 12 bulan dari tarikh penamatan untuk membuat pendaftaran akaun yang baru.
3.10 Penajaan Silang
3.10.1 Penajaan Silang untuk Keahlian tidak dibenarkan. Dalam konteks ini, Penajaan Silang bermaksud:-
a) Mendaftarkan Keahlian sedia ada daripada kumpulan lain ke dalam kumpulan sendiri.
b) Mendaftarkan isteri atau suami seseorang pengedar dalam kumpulan lain ke dalam kumpulan sendiri.
c) Mendaftarkan Keahlian sendiri di bawah penaja lain untuk mengoperasikan Keahliannya,semasa Keahlian pertama masih sah.
d) Membenarkan individu lain atau saudara-mara menggunakan Keahlian sendiri untuk menjalankan perniagaan.
3.10.2 Sekiranya berlaku Penajaan Silang.Langkah-langkah berikut hendaklah diambil oleh Syarikat:
a) Ahli yang mendaftarkan Pengedar lain atau suami/ isteri Pengedar lain ke dalam kumpulan sendiri akan ditamatkan Keahliannya.
b) Semua Pengedar yang terbabit hendaklah dipindahkan semula kepada penaja mereka yang asal.
c) Jika “A”, iaitu suami/isteri kepada Pengedar “B” didapati mendaftar dalam kumpulan lain.Keahlian
“A”akan ditamatkan dan semua downline Pengedar “A” akan dipindahkan kepada “B”.
d) Jika Pengedar “A” didapati telah menggunakan saudara-mara atau individu lain di bawah Keahlian Pengedar“B” dalam kumpulan lain untuk menjalankan perniagaan.Keahlian
“B” akan ditamatkan dan semua downlinePengedar “B” akan dipindahkan kepada “A”.
3.10.3 Syarikat berhak:
a) Untuk menyekat pembayaran bonus kepada Pengedar yang melakukan kesalahan.
b) Untuk menamatkan keahlian Pengedar yang melakukan kesalahan, mengikut budi bicara Syarikat.
c) Pihak Syarikat berhak untuk menggantung keahlian. Akaun keahlian akan dibekukan sehingga siasatan selesai dijalankan sekiranya Pengedar gagal datang memberi penjelasan melanggar peraturan.
d) Selepas siasatan dijalankan dan didapati individu terbabit (menaja dan juga ditaja iaini dua pihak) bersalah maka Pihak Syarikat berhak untuk mengantung keahlian selama 6 bulan atau menamatkan keahlian individu tersebut.
3.11 Pewarisan
Jika seseorang Pengedar meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, perniagaannya akan dipindah milik kepada pewarisnya. Dokumen-dokumen yang sah perlu dikemukakan kepada Pihak Syarikat untuk memastikan pemindahan berikut adalah benar. Pengedar berkenaan boleh mendapatkan bantuan peguam untuk menyediakan surat wasiat atau dokumen formal berkenaan wasiat. Apabila Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL dipindah milik berdasarkan surat wasiat atau dokumen formal yang lain, pewaris yang memenuhi syarat-syarat berikut berhak untuk menerima kesemua bonus dan komisen yang diperolehi dari organisasi Pengedar yang sudah meninggal dunia. Pewaris dikehendaki:
a) Menandatangani Perjanjian Pengedar;
b) Mematuhi syarat dan peruntukan dalam Perjanjian; dan
c) Memenuhi kelayakan bagi kedudukan Pengedar yang sudah meninggal dunia.
3.11.1 Pemindahan Akibat Kematian Pengedar
Untuk menguatkuasakan pemindahan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL berdasarkan wasiat, pewaris dikehendaki mengemukakan dokumen berikut kepada MAXGABA INTERNATIONAL:
a) Sijil kematian yang asal;
b) Salinan surat wasiat atau dokumen formal lain yang disahkan benar untuk mengesahkan pewaris berhak untuk mewarisi Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL; dan
c) Perjanjian Pengedar yang lengkap dan sudah ditandatangani.
3.11.2 Pemindahan Akibat Ketidakupayaan Pengedar
Untuk menguatkuasakan pemindahan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL yang berpunca daripada ketidakupayaan, pewaris dikehendaki mengemukakan dokumen berikut kepada MAXGABA INTERNATIONAL:
a) Salinan surat perlantikan sebagai pengamanah yang telah disahkan benar;
b) Salinan surat amanah atau dokumen formal lain yang mengesahkan pengamanah berhak untuk mengurus Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL; dan
c) Perjanjian Pengedar yang lengkap dan sudah ditandatangani oleh pengamanah.
Bahagian 4 – Tanggungjawab Pengedar
4.1 Pertukaran Alamat Atau Nombor Telefon
Untuk memastikan penghantaran produk dan bahan-bahan sokongan tepat pada masa, ia adalah penting untuk mengemaskinikan data MAXGABA INTERNATIONAL dari masa ke semasa. Alamat penuh premis diperlukan kerana penghantaran UPS tidak dapat dibuat ke peti surat. Pengedar yang merancang untuk berpindah rumah, ia hendaklah mengemukakan alamat dan nombor telefon barunya kepada Bahagian Perkhidmatan Ahli MAXGABA INTERNATIONAL. Untuk memastikan penghantaran yang tepat, notis pertukaran hendaklah dibuat 2 minggu terlebih dahulu kepada MAXGABA INTERNATIONAL.
4.2 Kewajipan Pembangunan Berterusan
4.2.1 Latihan yang Berterusan
Pengedar MAXGABA INTERNATIONAL hendaklah memberi bantuan dan latihan yang sepenuhnya kepada Pengedar-pengedar baru untuk memastikan orang bawahan (barisan bawahan) mengusahakan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL dengan betul. Pengedar hendaklah menjalinkan hubungan dan komunikasi yang berterusan dengan semua orang bawahan dalam organisasinya. Pengedar atasan juga bertanggungjawab untuk memberi motivasi dan latihan kepada Pengedar-pengedar baru tentang pengetahuan produk, teknik menjual dengan berkesan dan cekap dengan Pelan Perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL, dan kepatuhan kepada Polisi dan Prosedur Syarikat.
Pengedar harus mengawal semua Pengedar dalam organisasinya demi memastikan orang bawahan tidak membuat penyataan terhadap produk atau Perniagaan yang salah, atau melibatkan diri dalam tingkah laku yang haram atau salah. Jika perlu, Pengedar hendaklah mengemukakan dokumen yang sah kepada MAXGABA INTERNATIONAL untuk membuktikan dirinya telahpun memenuhi tanggungjawab penaja secara berterusan dengan sepenuhnya.
4.3 Etika Pengedar
Dalam proses penajaan pengedar baru atau mempromosikan produk Maxgaba, pengedar tidak boleh melanggar Akta Jualan Langsung dan juga tidak boleh menggunakan contoh yang keterlaluan untuk mempengaruhi pelanggan, menggelapkan wang downline atau pelanggan atau menerima sebarang bentuk rasuah yang ditawarkan.
4.4 Percukaian
Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi segala keperluan percukaian yang berkaitan.
* Setiap pengedar bertanggungjawab mengisytiharkan cukai persendirian dengan pihak kuasa (Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)) berkenaan pendapatan tahunan yang diperolehi dari Maxgaba International pada/atau sebelum April setiap tahun dan pengedar boleh memuat turun senarai pendapatan tahunan daripada akaun pengedar sendiri@ melalui login ahli.
Bahagian 5 – Bonus
5.1 Kelayakan
Pengedar hendaklah aktif dan mematuhi Perjanjian supaya layak untuk menikmati bonus. Selagi seorang Pengedar memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian, MAXGABA INTERNATIONAL akan membayar bonus kepada Pengedar tersebut berdasarkan Pelan Perniagaan. Jumlah pengeluaran terendah bagi E-Cash adalah dengan E-Cash 100.
5.2 Penyelarasan Ke Atas Bonus Dan Pengembalian Produk
Bonus yang diterima oleh Pengedar adalah berdasarkan kepada jumlah jualan produk kepada pengguna. Sekiranya sesuatu produk dikembalikan kepada MAXGABA INTERNATIONAL untuk pengembalian wang atau produk dibeli semula oleh Pihak Syarikat, bonus yang telah diberikan ke atas produk pengembalian atau pembelian semula akan ditolak daripada akaun Pengedar yang menerima bonus ke atas jualan produk tersebut. Penolakan akan dibuat pada bulan wang dikembalikan, dan diteruskan pada setiap tempoh bayaran yang berikutan sehingga bonus tersebut ditolak balik dengan sepenuhnya.
Bahagian 6 – Jaminan Produk, Pengembalian Produk Dan Pembelian Semula Stok
6.1 Jaminan Produk
MAXGABA INTERNATIONAL hanya menawarkan produk yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada pelanggannya. Pihak Syarikat memberi jaminan penggantian ke atas produk yang berkualiti rendah atau mempunyai kecacatan. Namun, jaminan ini tidak termasuk kerosakan atau pencemaran yang disebabkan oleh tamat tempoh penggunaan, kecuaian atau dengan cara sengaja.
6.2 Pengembalian Produk
Untuk mana-mana kes ketidakpuashatian, kecacatan akibat pengeluaran atau pembungkusan, Pengedar boleh mengembalikan/ menukarkan produk kepada Pengedar yang menjual produk tersebut kepadanya, dalam masa 10 hari dari tarikh pembelian (ditolak dengan kos penghantaran dan 10% caj pemprosesan). Mereka hendaklah memberi alasan yang munasabah dan mengembalikan produk berkenaan kepada Pengedar yang menjual produk tersebut.
Kemudiannya, Pengedar berkenaan boleh mengembalikan produk tersebut kepada Pihak Syarikat dan menukarkan produk yang sama, dalam masa 30 hari dari tarikh penempahan. Produk yang dikembalikan hendaklah berkeadaan baik, boleh diguna semula, boleh dijual semula, boleh disimpan semula, belum dibuka, tidak dipinda dan belum tamat tempoh penggunaan. Semasa membuat pengembalian produk, Pengedar hendaklah melampirkan:
i. Sebabnya
ii. Produk yang dikembalikan
6.3 Polisi Beli Balik
a) Pihak syarikat memberi jaminan pembelian balik (pemulangan produk) produk-produk yang telah dijual kepada stokis dan pengedar ialah dalam tempoh masa enam (6) bulan iaitu bersamaan 180 hari selepas tarikh belian dan akan membayar balik dengan harga sebanyak 90% daripada harga belian dan caj sebanyak 10% akan dikenakan untuk kos pengendalian dan kos pengurusan.
b) Pembayaran balik (pemulangan produk) tidak akan dilakukan oleh syarikat sekiranya berlaku kerosakan ke atas produk yang disebabkan oleh kecuaian/ kelalaian stokis, pengedar dan pelanggan.
c) Pembayaran balik akan dilakukan setelah pengedar melengkapkan Borang Tuntutan beserta dengan produk yang dikembalikan dalam keadaan baik dan sempurna jika belum luput tempoh di label produk dan masih dalam keadaan baik dari segi kandungan produk dan pembungkusannya.
d) Pihak syarikat berhak untuk menolak jumlah bonus daripada pembayaran balik jika pihak syarikat telah membuat pembayaran bonus kepada pengedar.
6.4 Prosedur Pengembalian
Semua pengembalian produk untuk pengembalian wang, pembelian semula atau penukaran hendaklah mengikut prosedur berikut:
a) Semua barangan hendaklah dikembalikan oleh Pengedar yang membeli secara langsung dari MAXGABA INTERNATIONAL.
b) Pengembalian hendaklah dilampirkan bersama:
i. Resit/ bil asal yang menyatakan tarikh penghantaran; dan
ii. Bahagian produk yang belum digunakan dalam bekas asalnya.
c) Produk yang dikembalikan untuk penggantian hendaklah dibungkus dengan baik dalam kotak dan dengan bahan pembungkusan yang sesuai, dan dicadangkan menghantar dengan cara yang betul dan menjimatkan. Semua produk yang dikembalikan kepada MAXGABA INTERNATIONAL diminta menjelaskan semua bayaran penghantaran dengan terlebih dahulu. MAXGABA INTERNATIONAL tidak akan melayan bayaran yang belum dijelaskan sewaktu penerimaan. Risiko kehilangan produk pengembalian semasa penghantaran seharusnya ditanggung oleh Pengedar sendiri. Sekiranya produk pengembalian tidak diterima oleh Pihak Syarikat, ia adalah tanggungjawab Pengedar untuk mengesan penghantaran tersebut.
d) Sekiranya Pengedar mengembalikan barangan yang diterima daripada pelanggan runcit peribadinya kepada MAXGABA INTERNATIONAL, produk berkenaan hendaklah diterima oleh MAXGABA INTERNATIONAL dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh pelanggan runcit mengembalikan produk kepada Pengedar, dan ia mesti disertai bersama dengan resit jualan yang diberikan oleh Pengedar kepada pelanggan semasa urus niaga dijalankan.
e) Pengembalian wang atau penggantian produk yang tidak menepati syarat-syarat tersebut di atas tidak akan dilayan.
Bahagian 7 – Penyelesaian Perselisihan Dan Tindakan Tatatertib
7.1 Hukuman Tatatertib
MAXGABA INTERNATIONAL akan mengenakan salah satu atau tindakan lebih untuk pembetulan ke atas Pengedar yang melanggar Perjanjian, Polisi dan Prosedur, atau terlibat dalam kelakuan yang salah, menipu, mengelirukan atau tidak beretika seperti berikut:
a) Pengeluaran surat amaran bertulis atau teguran;
b) Meminta Pengedar berkenaan mengambil tindakan pembetulan dengan segera;
c) Kenakan denda dan menyebabkan bonusnya ditahan;
d) Kehilangan kelayakan untuk menikmati satu atau lebih bonus;
e) Sepanjang tempoh penyiasatan ke atas pelanggaran Perjanjian dijalankan, MAXGABA INTERNATIONAL akan menahan kesemua bonus Pengedar berkenaan. Sekiranya perniagaan seseorang Pengedar dibatalkan atas tindakan tatatertib, Pengedar berkenaan tidak layak untuk mendapat balik bonus yang ditahan dalam tempoh penyiasatan;
f) Penggantungan Perjanjian Pengedar berkenaan untuk satu atau lebih tempoh bayaran;
g) Penamatan Perjanjian Pengedar yang bersalah secara tidak sukarela/ paksaan;
h) Lain-lain tindakan yang ternyata dalam mana-mana peruntukan dalam Perjanjian atau tindakan yang setimpal dan sesuai dikenakan atas pertimbangan MAXGABA INTERNATIONAL untuk menyelesaikan kerosakan yang berpunca daripada pelanggaran polisi atau perjanjian yang dilakukan oleh Pengedar berkenaan.
i) Dalam keadaan yang bersesuaian, Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk mendapatkan gantian kewangan dan/ atau ganti rugi yang setimpal.
7.2 Ketidakpuashatian dan Aduan
Sekiranya seseorang Pengedar berasa kurang puas hati terhadap amalan atau tingkah laku Pengedar yang lain semasa menjalankan perniagaan MAXGABA INTERNATIONAL, Pengedar yang mengadu hendaklah melaporkan masalah berkenaan kepada Penajanya terlebih dahulu. Penaja hendaklah menyiasat perkara tersebut dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan penaja atasan yang lain. Sekiranya ia masih gagal diselesaikan, maka haruslah membuat laporan bertulis kepada Pihak Syarikat. Pihak Syarikat akan mengkaji semula fakta-fakta bekenaan dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.
7.3 Prosedur Pembetulan
Sebarang pelanggaran Undang-undang & Peraturan merupakan isu yang serius. Ia bukan sahaja berkemungkinan mendatangkan kesan negative terhadap perniagaan Pengedar bebas yang terbabit, tetapi juga boleh menjejaskan pengedar lain. Pada masa yang sama, perbuatan ini mungkin mencemarkan imej dan menimbulkan tanggapan negatif mengenai Syarikat dalam kalangan orang awam, media, pihak berkuasa yang berkenaan, rakan niaga, pegawai, pemegang saham, lembaga Pengarah dan ejen Syarikat.
Syarikat menyediakan panduan dan nasihat bagi menangani sebarang pelanggaran dan, apabila diperlukan mengikut situasi, akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Pengedar terbabit. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:
a) Apabila berlaku pelanggaran sebarang Undang-undang &Peraturan, aduan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Syarikat. Pengadu mungkin perlu mengisi Borang Aduan dengan memberikan butiran mengenai jenis pelanggaran yang didakwa. Pengadu juga perlu memaklumkan upline mereka mengenai aduan yang dibuat terhadap mana-mana Pengedar.
b) Selepas menerima aduan, Syarikat akan menghubungi Pengedar terbabit dan menuntut maklum balas segera, sambil menyediakan peluang kepadanya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan pelanggaran tersebut.
c) Sekiranya Syarikat mendapati bahawa maklumat yang diberikan oleh pengadu dan juga Pengedar terbabit tidak mencukupi, Syarikat berhak meminta butiran lanjut daripada mana-mana pihak.
d) Selepas memperoleh segala butiran mengenai dakwaan pelanggaran sepertimana didakwa oleh pengadu, Syarikat akan berbincang dengan Pengedar terbabit bagi memastikan kesalahan itu tidak diulangi. Jika perlu, aduan yang dilaporkan juga akan diserahkan untuk perbincangan lanjut oleh jawatankuasa pentadbir.
e) Jika tindakan diambil mengikut dasar kesaksamaan dan Syarikat yakin bahawa menggantung atau menamatkan Keahlian Pengedar terbabit adalah satu-satunya cara untuk menangani kesalahan yang telah terbukti, Syarikat akan menghantar surat bagi memaklumkan Pengedar berkenaan mengenai keputusan itu. Surat tersebut hendaklah dihantar melalui pos berdaftar kepada alamat Pengedar yang terakhir diketahui sepertimana yang tersenarai dalam pangkalan data Syarikat dan cap pos akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Sekiranya keahlian digantung, surat tersebut akan menyatakan huraian ringkas mengenai aduan yang dilaporkan terhadap Pengedar, selain daripada menggariskan langkah-langkah yang diperlukan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tarikh akhir ia perlu dipatuhi.
f) Kegagalan Pengedar yang digantung itu untuk membetulkan tingkah lakunya dalam tempoh masa yang dinyatakan boleh mengakibatkan Keahliannya ditamatkan.
g) Syarikat berhak mengambil langkah yang sewajarnya terhadap Pengedar yang ditamatkan Keahlian, serta menuntut sebarang ganti rugi untuk kerugian dan kos perundangan yang ditanggung, jika ada.
h) Pihak pengurusan Syarikat berhak meminda atau mengubah mana-mana bahagian prosedur di atas apabila perlu tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
i) Syarikat hendaklah menghantar surat berdaftar untuk memaklumkan Pengedar mengenai penggantungan/ penamatan Keahliannya.
7.4 Perbuatan yang Dilarang
Pengedar tidak boleh:
a) Mewujudkan sebarang liabiliti atau hutang atas nama atau bagi pihak Syarikat.
b) Membuat atau mengubah atau meminda atau melaksanakan sebarang kontrak atas nama Syarikat.
c) Membuat rundingan untuk menandatangani kontrakdan/atau persetujuan untuk dan bagi pihak Syarikat.
d) Menaja atau menarik atau cuba menaja atau menarik Pengedar Syarikat ke dalam sebarang urusan dagangan, perniagaan atau pekerjaan yang merupakan pesaing Syarikat.
e) Menarik minat mana-mana Pengedar Syarikat untuk membeli sebarang produk selain daripada produk Syarikat atau merebut sebarang peluang atau menyertai sebarang urusan dagangan, perniagaan atau pekerjaan yang merupakan pesaing Syarikat.
f) Terlibat dalam atau berminat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau bertindak sama ada sebagai pengedar, kakitangan, pengarah, prinsipal, ejen, pekerja atau pemegang lesen, dalam penjualan mana-mana produk atau barangan selain daripada milik Syarikat atau subsidiarinya di dalam atau di luar negara.
g) Berjanji untuk tidak mempengaruhi Pengedar sedia ada, kakitangan atau ejen Syarikat atau subsidiarinya dalam apa jua cara yang mungkin menjejaskan, memudaratkan, atau memberikan kesan buruk, atau yang mungkin akan mengganggu operasi atau imej Syarikat.
7.5 Pengedar Terlibat Dalam Syarikat Penjualan Langsung Lain
Pengedar dianggap terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti syarikat penjualan langsung lain sekiranya pasangannya(suami/isteri) terlibat.
Sekiranya pasangan pengedar melakukan apa-apa tindakan yang akan mengakibatkan pelanggaran dasar syarikat, syarikat akan berhak untuk menggantung atau menghentikan akaun pengedar kerana tindakan pasangan(suami/isteri) dianggap sebagai tindakan pengedar.
Bahagian 8 – Tempahan
8.1 Membeli Produk MAXGABA INTERNATIONAL
Semua Pengedar diingatkan membeli produk secara langsung daripada MAXGABA INTERNATIONAL atau dengan penajanya.
8.2 Penghantaran dan Polisi Tempahan Dipertangguhkan
Lazimnya, MAXGABA INTERNATIONAL akan menghantarkan produk dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh tempahan diterima. MAXGABA INTERNATIONAL akan menghantarkan produk yang sedia ada dengan segera. Namun demikian, sekiranya produk yang ditempah telah kehabisan stok, ianya akan ditempatkan sebagai Tempahan Dipertangguhkan dan akan dihantar sebaik sahaja MAXGABA INTERNATIONAL menerima stok tambahan. MAXGABA INTERNATIONAL akan memberitahu Pengedar bahawa produk yang ditempahnya telah dipertangguhkan dan dijangka tidak dapat dihantar dalam masa 30 hari dari tarikh tempahan dibuat.
8.3 Pengesahan Tempahan
Pengedar dan/ atau penerima hendaklah mengesahkan bahawa produk yang diterima sepadan dengan tempahan produk yang disenaraikan dalam invois penghantaran dan dalam keadaan yang baik. Kegagalan untuk melaporkan apa-apa perbezaan atau kerosakan kepada MAXGABA INTERNATIONAL dalam masa 30 hari akan menyebabkan seseorang Pengedar kehilangan haknya untuk membuat pembetulan.
Bahagian 9 – Ketidakaktifan dan Pembatalan
9.1 Kesan daripada Pembatalan Keahlian
Selagi Pengedar dalam keadaaan aktif dan mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Pengedar, Polisi dan Prosedur, MAXGABA INTERNATIONAL akan membayar bonus kepada Pengedar berkenaan berdasarkan Pelan Perniagaan yang telah dijalankan.
Bonus yang diterima oleh Pengedar itu adalah menggambarkan ganjaran ke atas usahanya sendiri. Ia bertujuan untuk mengumpul jualan dan bergiat dalam aktiviti yang dijalankan (termasuk membina organisasinya sendiri). Tindakan tidak membaharui Perjanjian Pengedar, ketidakaktifan keahlian, ataupun pembatalan Perjanjian Pengedar secara sukarela atau tidak sukarela (kesemua cara ini dikategorikan sebagai “Pembatalan”), bekas Pengedar akan kehilangan kelayakannya untuk menikmati hak, gelaran, tuntutan atau faedah daripada organisasi yang diusahakannya, ataupun apa-apa bonus daripada jualan yang dikumpulkan oleh organisasi tersebut.
9.2 Pembatalan, Peletakan Jawatan, Penamatan, Kematian atau Hilang Upaya
a) Sekiranya Pengedar melanggar mana-mana syarat Perjanjian ini termasuk sebarang perubahan yang mungkin dibuat oleh MAXGABA INTERNATIONAL mengikut budi bicara mutlaknya, ia mungkin akan mengakibatkan salah satu tindakan yang disenaraikan dalam 7.1, termasuk pembatalan Perjanjian Pengedar tanpa kerelaan Pengedar. Pembatalan hendaklah berkuat kuasa pada tarikh notis bertulis itu dipos, difaks atau dihantar oleh syarikat kurier ekspres kepada alamat pengedar yang terakhir diketahui (atau nombor faks), atau kepada peguamnya, atau apabila Pengedar menerima notis pembatalan sebenar, mana satu yang berlaku lebih awal.
b) Mana-mana peserta dalam pelan perniagaan rangkaian ini berhak membuat pembatalan pada bila-bila masa, tanpa mengambil kira sebabnya. Pembatalan hendaklah dihantar secara bertulis atau menerusi e-mel kepada Syarikat. Notis tersebut perlu disertakan dengan I.D. Pengedar dan Nama Pengedar.
c) Keahlian untuk mana-mana Pengedar yang aktif dalam tempoh Keahliannya akan dikekalkan selama 12 bulan yang berikutnya. Jika sebaliknya, Keahlian mereka akan ditamatkan secara automatikpada penghujung bulan ke-12.
d) Mana-mana Pengedar mungkin memilih untuk menamatkan Keahliannya dengan memberikan notis bertulis kepada Syarikat.
e) Hanya selepas Keahlian Pengedar tamat tempoh, barulah Pengedar yang keahliannya telah ditamatkan secara automatikitu dibenarkan untuk memohon semula menjadi Pengedar selepas 12 bulan.
f) Apabila ditamatkan, Pengedar terbabit tidak dibenarkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk menyertai pembangunan atau perkembangan mana-mana Keahlian Syarikat. Dia hendaklah berhenti memperkenalkan dirinya sebagai Pengedar Syarikat dan hendaklah berjanji untuk tidak mempengaruhi Pengedar sedia ada, kakitangan atau ejen Syarikat atau subsidiarinya dalam apa jua cara yang mungkin menjejaskan, memudaratkan, atau memberikan kesan buruk, atau yang mungkin akan mengganggu operasi atau imej Syarikat.
g) Mana-mana Pengedar yang ditamatkan Keahliannya tidak lagi layak menerima manfaat dan status Keahlian. Pengedar yang ditamatkan keahliannya itu tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang tuntutan lanjut, dalam apa jua bentuk, terhadap Syarikat. Pengedar yang telah ditamatkan keahliannya boleh memohon semula Keahlian baharu selepas 12 bulan, tertakluk pada kelulusan Syarikat.
h) Mana-mana individu yang memohon semula untuk menjadi Pengedar Syarikat tidak boleh menuntut sebarang bonus/ insentif, pangkat atau kedudukan, yang pernah dinikmatinya atau dipegang olehnya sebelum penamatan atau peletakan jawatannya.
i) Sekiranya Pengedar meninggal dunia atau hilang upaya atau mengalami masalah kesihatan, perjanjian ini hendaklah dipindahkan kepada benefisiari Pengedar sepertimana dinyatakan dalam Notis Penamaan dan/ atau dokumen lain yang seumpamanya seperti mana ditetapkan oleh Syarikat dan sejajar dengan undang-undang negara berkenaan yang diguna pakai. Walau bagaimanapun, bagi Keahlian bersama (cth. suami isteri), apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia, segala hak, jawatan, kepentingan dan manfaat di bawah Keahlian bersama mereka akan diteruskan oleh pihak yang masih hidup.
j) Syarikat berhak menuntut bayaran ganti rugi daripada Pengedar yang ditamatkan Keahliannya sekiranya dia melanggar mana-mana Undang-undang & Peraturan yang dinyatakan di dalam ini atau telah mengambil sebarang tindakan yang mungkin mengakibatkan kerugian kewangan atau sebaliknya kepada Syarikat.
9.3 Aktif Keahlian
Untuk menjadi sebagai seorang Pengedar/Ahli MAXGABA INTERNATIONAL yang aktif, pembelian dalam tempoh masa setiap bulan adalah wajib.
Bahagian 10 – E-Commerce dan Iklan Dalam Talian
10.1 DISCLAIMER POLISI E DAGANG PIHAK KETIGA
Untuk mengekalkan reputasi MAXGABA INTERNATIONAL, imej jenama dan juga daya kompetitif, MAXGABA INTERNATIONAL menerapkan polisi E-dagang dan iklan atas talian bagi produk MAXGABA INTERNATIONAL seperti yang tertera di bawah:
a) Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pembelian atas talian daripada platform pihak ketiga (contoh: Lazada, Shopee dan lain-lain).
b) Syarikat tidak akan melayan sebarang pertukaran atau sebarang kerosakan ke atas produk atau saiz produk yang salah jika pembelian dilakukan melalui atas talian oleh pihak ketiga.
c) Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jualan dan pelanggan mereka sekiranya transaksi jualan melalui atas talian pihak ketiga.
d) Setiap pengiklanan perlu mematuhi Harga Runcit yang ditetapkan oleh syarikat. Semua pengedar dikehendaki memaparkan Harga Runcit sahaja.
e) Harga pengiklanan bagi setiap produk haruslah tidak kurang dari harga runcit bagi setiap produck yang telah ditetapkan oleh syarikat. Senarai harga produk akan dikemas kini dari masa ke semasa dan semua Pengedar harus merujuk kepada syarikat untuk senarai harga produk terbaru.
f) Sebarang pengiklanan harga produk yang lebih rendah dari tetapan syarikat maka ia dikira sebagai pelanggaran polisi, maka syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang keatas pengedar tersebut.
