Peraturan-peraturan Perjanjian Ahli
1) Sebelum mengguna dan melayari laman web ini, anda dikehendaki memahami terma dan syarat serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh MAXGABA INTERNATIONAL TRADING SDN BHD, ianya juga dikenali sebagai “MAXGABA INTERNATIONAL”. Pihak syarikat berhak memindah mana-mana peraturan penggunaan pada bila-bila masa sekiranya anda tidakbersetuju dengan syarat ini. Anda dinasihatkan supaya tidak melayari atau menggunakan maklumat yang terkandung dalam laman web ini.
2) Laman web ini terbuka kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas. Bagi mereka yang kurang dari 18 tahun dikehendaki mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sebelum melayari. Jika anda tidak memberitahu ibu bapa atau penjaga, tetapi bersetuju mematuhi peraturan berkenaan, peraturan khas atau peraturan yang ditokok tambah dari masa ke semasa, anda dinasihatkan supaya tidak melayari, muat naik dan turun atau menggunakan perkhidmatan dalam laman web ini.
3) Sekiranya anda melayari laman web ini, anda haruslah mematuhi semua undang-undang sedia ada, akta-akta, ordinan dan peraturan-peraturan mengenai penggunaan, perkhidmatan, dan mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan MAXGABA INTERNATIONAL.
4) Semua maklumat, produk dan perkhidmatan dalam laman web ini berasaskan keadaan “sedia ada”. Pihak MAXGABA INTERNATIONAL akan cuba sedaya upaya untuk memastikan mengemas kini dan ketepatan maklumat dalam laman web ini. Namun, MAXGABA INTERNATIONAL tidak dapat menjamin ketidaksamaan dan kesempurnaan maklumat, pengumuman dan isi
kandung yang sedia ada. Pihak MAXGABA INTERNATIONAL tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesalahan, pemindaan dan ketidaksamaan yang wujud dalam maklumat, pengumuman dan isi kandungan yang berkenaan. MAXGABA INTERNATIONAL juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang timbul di atas pengguna, menyambung atau menggunakan laman web ini, atau gagal menyambung atau menggunakan laman web ini atau akibat kesalahan yang terkandung dalam maklumat laman web ini.
5) Semua ahli dinasihatkan supaya mempromosikan produk dan peluang peniagaan MAXGABA INTERNATIONAL berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan nama baik MAXGABA INTERNATIONAL dan produknya daripada terjejas, atau kesan publisiti yang negatif dan tindakan mahkamah yang akan timbul kemudian.
Nama-Nama Khas:
Selain itu, semua reka bentuk, tulisan dan gambar yang terkandung dalam laman web ini adalah hak cipta terpelihara MAXGABA INTERNATIONAL. Antaranya termasuk tetapi tidak terhad kepada logo, nama laman web, nama syarikat, CIS (Standard Identiti Korporat), slogan atau nama produk, atau istilah khas yang digunakan oleh MAXGABA INTERNATIONAL; sementara cap dagang, jenama, logo, slogan, nama syarikat atau logo perkhidmatan bagi syarikat lain yang tersiar dalam laman web ini adalah hak milik syarikat berkenaan. Ahli-ahli tidak dibenarkan dengan apa jua cara atau tujuan menduplikasi, muat turun, meletak, melekat, muat pindah atau mencetak semula maklumat atau produk berkenaan, kecuali mendapatkan kebenaran bertulis daripada MAXGABA INTERNATIONAL terlebih dahulu. MAXGABA INTERNATIONAL membenarkan ahli-ahlinya menyimpan atau mencetak maklumat yang terkandung dalam laman web ini semata-mata untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk tujuan komersial.
Penggunaan Internet:
Ahli-ahli boleh membuat laman web sendiri di internet untuk mempromosikan peluang peniagaan dan produk MAXGABA INTERNATIONAL berdasarkan syarat-syarat berikut:
1) Ahli-ahli tidak dibenarkan menggunakan atau mendaftarkan nama perniagaan, cap dagang, logo, nama perkhidmatan, nama produk, nama syarikat atau nama terbitan MAXGABA INTERNATIONAL sebagai nama laman web dengan sesuka hati. Penjualan produk MAXGABA INTERNATIONAL di laman web lelong adalah tidak dibenarkan.
2) Laman web berkenaan tidak harus memberi tanggapan salah kepada pengguna bahawa dirinya telah memasuki laman web rasmi MAXGABA INTERNATIONAL.
3) Perkataan “Ahli” hendaklah ditambahkan pada “MAXGABA INTERNATIONAL” atau “Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL TRADING SDN BHD” yang dijadikan sebagai tajuk laman web, supaya ianya dibaca sebagai “Ahli MAXGABA INTERNATIONAL TRADING SDN BHD” atau “Ahli Syarikat MAXGABA INTERNATIONAL”.
4) Laman web ahli hendaklah memaparkan semua cap dagang MAXGABA INTERNATIONAL dengan betul. Sebelum laman web dibuatkan, ahli hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak MAXGABA INTERNATIONAL terlebih dahulu. Ahli bertanggungjawab untuk membuat pemindaan supaya selaras dengan nama syarikat, CIS dan logo MAXGABA INTERNATIONAL yang terbaru.
5) Ahli tidak dibenarkan menggunakan mana-mana CIS MAXGABA INTERNATIONAL, melainkan tertera perkataan “Ahli” atau “Ahli Bebas” di bawah logo CIS.
6) Ahli tidak dibenarkan mengadakan publisiti di internet melalui enjin carian atau ruangan pembelian dalam laman web perniagaan.
7) Ahli tidak dibenarkan mengirim e-mel secara besar-besaran untuk mempromosikan peluang peniagaan atau produk MAXGABA INTERNATIONAL. Ahli MAXGABA INTERNATIONAL hendaklah mematuhi peraturan-peraturan internet berikut yang harus dipatuhi oleh semua warga internet:
- Tidak dibenarkan muat naik, memapar, menghantar dengan e-mel atau cara lain dengan apa-apa isi kandungan yangmelanggar undang-undang, mengancam, mengugut, memaki, mengusik, memutar belit, menfitnah, kasar, lucah, mengganggukeperibadian, membenci, atau berkenaan isu-isu perkauman dan lain-lain kandungan yang tidak senonoh.
- Tidak dibenarkan mengumpul atau menyimpan maklumat peribadi pengguna yang lain.
- Tidak dibenarkan muat naik, memapar, menghantar dengan e-mel atau cara lain apa-apa maklumat yang mengandungi virusatau kata-kata rahsia, dokumen atau program untuk memutuskan, merosakkan atau mengehadkan data dalam perisian(software) atau perkakasan (hardware) komputer atau kelengkapan telekomunikasi.
- Tidak dibenarkan mengganggu atau memutuskan perkhidmatan atau perkhidmatan laman web penyambung, atau tidakmematuhi mana-mana permintaan, prosedur, polisi atau peraturan yang digariskan oleh perkhidmatan penyambung lamanweb berkenaan.
