Mesej dari CEO

Sejak dulu, saya mempunyai impian untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dalam hidup saya, terutamanya membantu ramai orang yang berkerja keras dalam masyarakat untuk sama-sama merealisasikan impian “Kesihatan, Kekayaan dan Kehormatan”.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, ”Maxgaba International Trading Sdn. Bhd. bertekad memilih produk kesihatan berkualiti terbaik untuk melindungi kesihatan bersama di samping mencipta kekayaan untuk semua Maxgabian melalui system terunggul. Oleh itu kami membentuk satu pasukan yang mantap demi memberi sokongan yang padu kepada semua yang terlibat dalam perniagaan ini. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan telah saya capai di dalam perniagaan Pemasaran Pelbagai Peringkat(MLM) produk kesihatan.
 
Saya suka berkongsi dan saya ingin berkongsi dengan yang lain melalui pendekatan berbeza dengan cara galakan terhadap orang lain. Oleh itu saya menetapkan nilai teras MXB “suka untuk kongsi, kongsi kelebihan” dan saya ingin membawa Maxgabian ke arah “Kehidupan yang sempurna, Kekayaan yang melimpah dan Kehidupan yang sihat”.
 
Saya amat mengalu-alukan semua sebagai teman, rakan kongsi dan keluarga, supaya setiap Maxgabian merasakan MXB dekat di hati. Untuk mempromosi persekitaran yang positif, santai dan meriah, saya bekerja keras bagi mewujudkan rasa kepunyaan yang kaya dan unik. Suasana kekeluargaan yang penuh dengan kehangatan, keharmonian, sokongan bersama dan rasa saling menghormati membolehkan semangat dapat dikekalkan demi penyatuan kekuatan untuk pembangunan syarikat.
 
Kami juga aktif menggerakkan pasaran global, melangkah ke peringkat dunia seterusnya menumpukan perhatian kepada pasaran antarabangsa. Saya percaya melalui usaha dan  kerjasama Maxgabian, kita mampu membuat produk dikenali ramai dan sukses sama ada di peringkat domestik mahu pun antarabangsa.