1) Menghadiri Penerangan Peluang Perniagaan MXB (BOP) / Aktiviti
Untuk mendengar dan memahami latar belakang syarikat, pengetahuan mengenai kelebihan produk syarikat , pelan pemasaran, sistem, serta perkongsian testimoni kesihatan dan perniagaan

 

2) Menjadi Pengguna Produk
Menggunakan produk dan merasai kesannya sendiri dan kemudian anda boleh berkongsi manfaat produk dengan prospek/ pelanggan. Anda boleh meyakinkan prospek dengan mudah sekali melalui testimoni diri sendiri. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan kesihatan badan dari masa ke semasa.

 

3) Jangan jual produk tapi berkongsi kelebihan produk
Jangan jual produk, tapi berkongsi manfaat dan kelebihan produk selepas mengguna dan merasainya. Kemudian berkongsi konsep produk iaitu konsep “Ultimate Detox” dan anda dapat membuat penerangan yang jelas kepada pelanggan dengan mudah sekali.

 

4) Sentiasa memastikan produk mencukupi
Untuk memberikan perkhidmatan yang bagus kepada pelanggan, produk haruslah mencukupi dan tersedia supaya pelanggan anda boleh membeli produk tersebut dengan serta-merta / bila-bila masa sahaja.

 

5) Sediakan alat-alat bantuan pemasaran
Untuk melaksanakan kerja dengan sempurna, sila sediakan alat-alat bantuan pemasaran seperti buku testimoni, rakaman video testimoni (melalui telefon pintar), pita perakam, pelan pemasaran dan buku produk, kad nama dan sebagainya.

 

6) Sikap yang bagus
Mengekalkan dan mempertingkatkan imej kejayaan untuk diri sendiri seperti kelakuan, pakaian, sikap, perbualan dan tabiat. Pelanggan anda akan berasa senang bersama anda.

7) Penyenaraian & Jemputan
Senaraikan prospek anda seramai mungkin dan jalinkan hubungan yang rapat dengan mereka. Sila ingat bahawa setiap orang adalah prospek berpotensi anda. Sila jemput prospek atau pelanggan anda datang ke mesyuarat untuk penerangan selanjutnya, supaya dapat meyakinkan mereka. Selepas itu temujanji seterusnya haruslah diaturkan sekali lagi.

 

8) Tindakan susulan dan perkhidmatan
Anda adalah digalakkan membuat tindakan susulan dengan prospek anda selepas mesyuarat perniagaan dalam masa 24 jam serta berjumpa mereka secara persendirian. Sikap positif dan merendah diri anda merupakan faktor utama yang dapat meyakinkan prospek untuk membuat keputusan.

 

9) Pengurusan masa
Pengurusan masa adalah sangat penting terutamanya apabila anda melibatkan diri dalam menjalankan perniagaan MXB.

 

 

Pelan Pemasaran Maxgaba International

  1. Bonus Runcit (20%)
    Pengedar Maxgaba boleh mendapat Bonus Runcit apabila menjual produk Maxgaba kepada pelanggan
    mereka. Mereka akan menikmati Bonus Runcit sebanyak 20% untuk setiap produk yang dijual.
  2. Bonus Penajaan (Direct Performance Bonus) (10%)
    Setiap pengedar akan menikmati Bonus Penajaan sebanyak 10% apabila mereka dapat menaja
    pelanggan/ pengedar baru yang membeli produk di bawah rangkaian mereka.
  3. Bonus Pasangan (Group Development Bonus) (45%)
    Pengedar akan menikmati Bonus Pasangan sebanyak 10% dalam rangkaian kumpulan sendiri. Menjana
    pendapatan sehingga 10% atas jualan terendah sama ada dalam kumpulan ganjil atau kumpulan
    genab.
  4. Bonus Royalti (Royalty Bonus) (13.5%)
    Bonus Royalti 30% berdasarkan pendapatan Bonus Pasangan iaitu 30% x 45% = 13.5%. Dalam Bonus
    Royalti, Pengedar Silver melayakkan diri untuk SATU generasi, Pengedar Gold melayakkan diri untuk
    TIGA generasi, Pengedar Platinum dan Diamond melayakkan diri untuk LIMA generasi.