Latar Belakang

Ditubuhkan pada tahun 2005, ‘MXB’ Maxgaba International Trading Sdn Bhd memulai babaknya dalam pemasaran global, yang memberi tumpuan kepada membantu golongan merealisasikan impian “Kesihatan,Kekayaan dan Kehormatan “.

Sebagai pengasas syarikat,Ms Pam Yap menetapkan “suka untuk kongsi,kongsi kelebihan” sebagai nilai teras MXB dan meneraju para Maxgabian ke arah ‘Kehidupan yang sempurna, Kekayaan yang melimpah dan Kehidupan yang sihat”.

Ms Pam Yap kini berdiri megah dalam dunia jualan langsung selama lebih 20 tahun, merupakan seorang yang peka membuka laluan untuk menembusi pasaran. Beliau juga pakar dalam meneroka dan memilih peluang untuk pemasaran produk baru,memahami kehendak pasaran untuk memenangi peluang perniagaan dan akhirnya mencapai matlamat pertumbuhan pesat.

Di samping itu,beliau juga memberikan peranan yang penuh kepada kelebihan yang ditunjukkan oleh setiap ahli pasukannya lalu membentuk pasukan pengurusan yang kompetitif dengan prestasi cekap dan berdaya saing.

Sejak penubuhan, Ms Pam yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat (CEO) percaya seseorang itu mampu mencapai segala kemungkinan jika berani merebut dan menakluk peluang serta berani mengambil langkah pertama, dengan itu peluang akan datang dan mereka akan menjadi seorang yang kuat yang mampu mencipta peluang kepada orang lain pula.
 
Pada tahun 2008, bagi merealisasikan visi menyebarkan kehebatan “Kesihatan dan Kekayaan” di seluruh dunia, gabungan strategik di antara “Maxgaba International Trading Sdn. Bhd. dan “Star Micro Technology Sdn. Bhd.” telah menubuhkan “MXB INTERNATIONAL HOLDINGS SDN. BHD.” untuk mencapai kemuncak kejayaan dengan kesan berkali ganda, pada masa yang sama dapat mempunyai kelebihan daya saingan yang mampan,unik dan teguh Dengan prestasi cemerlang yang dicapai oleh kedua-dua syarikat dalam bidang kepakaran masing-masing dan mengoptimumkan keberkesanan sumber masing-masing dengan kekuatan sumber dalam yang paling penting melalui gabungan strategik, dapat membantu kita untuk mencapai visi global dan merangkul pasaran antarabangsa dengan kadar yang mantap dan kukuh.
 

Ahli MXB terdiri dari pelbagai tempat dan latar belakang. Mereka berkerjasama dengan kualiti professional masing-masing bersama bakat dan kebolehan dengan komitmen yang penuh. Mereka boleh dianggap sebagai pasukan pluralistik dan golongan elit profesional dari pelbagai bidang:-

  • Melalui perancangan pembangunan dan skop yang betul, perancangan strategi juga pelan jangka panjang, dan juga strategi operasi rangkaian demi mencapai kejayaan walaupon beribu batu jauhnya.
  • Sistem sokongan perusahaan yang mantap, yang memberi sokongan dengan pantas,terus dan padu juga sokong anefektif untuk rakan niaga kami dari segi aliran perniagaan, kewangan, produk, informasi dan servis,supaya rakan niaga kami dapat memberikan yang terbaik tanpa rasa takut dan risau untuk melangkah jauh.
Pada bulan Ogos 2008, MXB mula mongorak langkah ke arah global dengan membuka peluang pemasaran produk ke peringkat antarabangsa melalui penubuhan rasmi cawangan di Jakarta (ibukota Indonesia). Dengan kemasukan MXB kepasaran Indonesia,ia merupakan titik permulaan MXB menuju globalisasi dan merupakan satu langkah besar ke arah merealisasikan visi perniagaan. Sejak itu MXB terus melebarkan sayap ke Thailand, Hong Kong, China, Filipina, Brunei, Singapura, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Sejak itu MXB terus melebarkan sayap ke Thailand, Hong Kong, China, Filipina, Brunei, Singapura, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Pada tahun 2018, MXB berpindah dari bangunan pejabat 4 tingkat yang terletak di Taman Danau Desa (2005-Jun 2018) ke bangunan mewah sembilan tingkat (MXB TOWER) terletak di lokasi strategik dengan kemudahan pengangkutan yang amat mudah. Majlis Perasmian telah diadakan pada 28 Julai 2018.

Pada awal tahun 2019, sejarah dilakar apabila “Maxgaba International Trading Sdn. Bhd.” dan “Healthin International Co. Ltd” menandatangani memorandum persefahaman. Acara yang bersejarah ini membolehkan MXB lebih berdaya saing untuk berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia pada kadar yang lebih stabil, dengan itu hasrat ideal iaitu kekayaan dan kesihatan dapat direalisasikan.
 
Dalam mengekalkan nilai teras perniagaan dan falsafah berorientasikan masyarakat, MXB meneroka pasaran antarabangsa dengan inovasi. Kami percaya bahawa “semua boleh menjadi usahawan dan semua boleh menjadi sihat” merupakan matlamat utama MXB untuk berkembang menjadi syarikat bertaraf dunia. MXB ingin bersama anda melangkah ke peringkat dunia untuk mencapai cita-cita kekayaan dan kesihatan yang unggul.