slidder3

i-power-bm i-power-bm i-power-bm i-power-bm i-power-bm i-power-bm i-power-bm i-power-bm

1. Bagaimanakah teori penjimatan tenaga i-POWER berfungsi?

i-POWER mula memperbaiki faktor tenaga sebaik sahaja tenaga diaktifkan setelah pemasangan. Ia bukan sahaja memperbaiki faktor tenaga perkakasan elektrik rumah, malah mengurangkan arus serta-merta, mengawal keselamatan dan kestabilan arus yang kemudiannya memperbaiki faktor kuasa untuk mencapai keberkesanan penjimatan elektrik.

2. Apakah faktor kuasa tenaga produk?

Kami menggunakan arus elektrik ulang-alik di rumah, berbeza dengan litar arus terus yang biasa. Ketahanan ialah satu kesan langsung terhadap arus, maka faktor kuasa adalah 1. Namun, dalam penggunaan arus ulang-alik, satu rintangan yang sebenar wujud, terdapat satu rintangan maya yang dihasilkan oleh rintangan lingkaran yang menyebabkan voltan dan arus tidak dapat terselaras. Oleh itu, voltan dan bentuk gelombang arus tidak dapat bertindan dan menyebabkan faktor kuasa kurang daripada <1. Dalam kajian bekalan elektrik, arus dan gelombang voltan dalam keadaan yang paling ideal seharusnya diselaraskan. Penyelarasan membenarkan litar gelombang dalam muatan (perkakasan elektrik) untuk memaksimumkan fungsi-fungsi mereka.

Dalam formula P = V x I / T, iaitu: kuasa (P) = voltan (V) x arus (I) dan dibahagikan oleh masa (T). Kita tetapkan tenaga paling besar yang dijana ini sebagai = 1. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis lingkaran dan enjin dalam perkakasan elektrik kita, rintangan maya yang terhasil (oleh gegelung dan operasi enjin apabila frekuensi operasi dijana oleh rintangan) akan menjejaskan voltan dan fasa gelombang arus dan menyebabkan anjakan. Nilai anjakan voltan dan arus elektrik tidak dapat diseiraskan pada satu masa, maka tenaga adalah sentiasa kurang daripada <1. Anjakan menyebabkan ketidakcekapan perkakasan elektrik kita dan menambahkan penggunaan kuasa elektrik. Jika faktor kuasa hanya 0.7, itu bermaksud kita menggunakan 1/0.7 = 1.428 kali tenaga (iaitu 42.8% lebih) untuk perkakasan elektrik berfungsi.

3. Apakah anggaran kadar pembaikan faktor kuasa penggunaan i-POWER?

Pengeluar perkakasan elektrik rumah yang berlainan mempunyai pelbagai reka bentuk produk dan pertimbangan kos yang berbeza. Sebagai contoh, barangan buatan Jepun dan perkakasan elektrik China pasti mempunyai faktor kuasa yang berlainan. Negara dengan kos kehidupan yang tinggi seperti Jepun mempunyai caj setiap unit bekalan elektriknya yang lebih tinggi daripada negara-negara lain.

Sekiranya reka bentuk perkakasan elektrik mengambil kira faktor kuasa, penggunaan elektrik pada masa depan akan menjadi tumpuan reka bentuk tersebut berbanding dengan negara-negara lain dan produk itu pasti berharga lebih mahal tetapi kos elektrik pada masa depan secara relatifnya adalah rendah. Sesetengah perkakasan elektrik dijual kepada orang ramai yang tiada pengetahuan teknikal dan tidak memahami prinsip tenaga, oleh itu mereka selalunya membeli produk-produk yang lebih murah dengan faktor kuasa rendah. i-POWER akan dapat memainkan satu peranan penjimatan tenaga yang lebih besar dengan menggunakan mikrocip terbina dalam dan satu kombinasi kapasitor untuk menukar seluruh kuasa penawaran faktor, memperbaiki prestasi produk-produk dan menjimat antara 10-30% penggunaan elektrik anda tidak perlu bimbang.

4. Jika i-POWER adalah produk yang begitu baik, mengapakah pembekal-pembekal tenaga elektrik tidak menggunakannya?

Pendapatan utama pembekal-pembekal tenaga elektrik berpunca daripada caj-caj bekalan elektrik. Lebih penggunaan tenaga = lebih sumber pendapatan. Oleh itu, produk-produk penjimatan tenaga kepada pembekal-pembekal bekalan elektrik bermakna produk-produk yang mengurangkan sumber pendapatan mereka. Ini tidak bersesuaian dengan tujuan operasi mereka dan tidak sejajar dengan kepentingan perniagaan mereka. Anda harus faham sekarang.

5. Adakah penggunaan i-POWER dianggap sebagai pencurian bekalan elektrik?

i-POWER digunakan di samping perkakasan elektrik rumah anda, oleh itu ia dianggap sebagai salah sebuah perkakasan elektrik anda. Ia tidak dipasangkan pada meter elektrik dan tidak akan menjejaskan pembacaan meter. Berdasarkan hujah-hujah ini, i-POWER tidak terlibat dengan pencurian bekalan elektrik.

6. Adakah kajian kes penjimatan elektrik lain yang serupa dengan struktur i-POWER?

Ya, dalam kilang-kilang skala besar, bil elektrik bulanan mereka berjumlah jutaan ringgit, tambahan pula, semua mesin mempunyai enjin-enjin besar, oleh itu kilang-kilang skala besar lazimnya akan melantik perancang bekalan elektrik semasa pembinaan kilang untuk mendirikan mesin utama yang besar, iaitu penjimat tenaga elektrik yang menyerupai i-POWER pada punca bekalan elektrik utama dalam kilang, dengan kos pemasangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit. i-POWER adalah produk keselamatan ringan isi rumah yang serupa, kami amat berbangga untuk memperkenalkan produk ini kepada anda.

7. Apakah jangka hayat i-POWER?

Syarikat menawarkan jaminan 1 tahun, jangka hayat sebenarnya bergantung kepada litar di rumah anda. Jika litar (perkakasan elektrik) anda mempunyai kualiti yang stabil dan diperbuat oleh pengeluar yang bermutu tinggi, jangka hayat i-POWER akan amat panjang. Sebaliknya, jika keberkesanan perkakasan elektrik adalah rendah, i-POWER perlu menanggung bebanan kapasiti yang lebih besar yang akan memendekkan jangka hayatnya. Menurut data yang ditunjukkan oleh pengeluar Jepun, jangka hayat i-POWER adalah sekurang-kurangnya 4-5 tahun, dianggarkan terdapat juga jangka hayat yang mencecah 10 tahun.

8. Adakah sebarang sekatan pemasangan i-POWER? Bagaimanakah untuk memastikan bahawa i-POWER berfungsi terhadap semua bebanan elektrik?

Sebagaimana meter rumah kita, litar dalam rumah kita boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tetapi penggunaan elektrik keseluruhan akan melalui meter untuk tujuan pembacaan. Ini menunjukkan bahawa semua litar adalah sama dan i-POWER berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, arus elektrik mempunyai ciri-ciri rintangan kuasa supaya ia berfungsi terhadap litar yang lebih dekat untuk keberkesanan yang lebih baik. Mengapakah semua litar dalam sesebuah rumah dibahagikan kepada beberapa bahagian? Ini adalah kerana jika salah sebuah perkakasan elektrik rumah kita rosak, litar tersebut tidak akan terjejas. Apabila semua litar berjalan dengan lancar (iaitu, fius berfungsi seperti biasa), i-POWER akan berfungsi di sepanjang litar keseluruhan dalam rumah. Sekiranya keadaan litar pintas berlaku dan kebetulan i-POWER berada pada litar itu, ia akan berada dalam keadaan tidak berfungsi buat sementara waktu. Kami percaya bahawa penghuni rumah akan membaiki litar tersebut dalam masa terdekat dan i-POWER pada litar yang sama akan berfungsi seperti biasa semula.

9. Jika begitu, berapa banyakkah i-POWER yang diperlukan oleh sesebuah keluarga?

Walaupun i-POWER dapat berfungsi terhadap semua litar secara tidak langsung, i-POWER mempunyai batasannya. Jika sesebuah i-POWER perlu menyelaraskan perkakasan elektrik rumah lebih daripada keupayaannya, ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Lazimnya, perkakasan elektrik rumah yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak didapati di dapur, diikuti oleh pemampat penyaman udara, peti sejuk dan perkakasan elektrik sedemikian yang menggunakan elektrik dengan banyak. Biasanya adalah mencukupi bagi sesebuah keluarga untuk memiliki 2-3 i-POWER, hasil penjimatan elektrik adalah lebih baik dengan lebih banyak i-Power.

10. Betapa selamat penggunaan i-POWER?

Untuk memenuhi criteria permintaan dan kualiti tinggi daripada pelanggan-pelanggan kami, kami menggunakan bahan rintangan nyala untuk membina selongsong i-POWER. Kami juga membina dalam cip komputer pencantasan terma tinggi yang terpadam sendiri apabila i-POWER mengesan aliran arus yang terlebih atau terdapat keadaan peningkatan voltan. Hanya apabila voltan dan arus kembali normal, ia akan pulih ke keadaan asalnya. Maka, adalah 100% selamat untuk menggunakan i-POWER, dan dengan pemeriksaan kawal kualiti tiga ganda (3x) kami, semua i-POWER dijamin amat selamat sebelum mereka tiba ke dalam tangan anda.