slidder3

i-mini-bm i-mini-bm i-mini-bm i-mini-bm i-mini-bm

1. Apakah voltan bateri yang sesuai digunakan untuk i-Mini?

Program cip komputer i-Mini sesuai untuk digunakan pada bateri bervoltan 6 hingga 12 Volt. Motosikal berkuasa rendah lazimnya menggunakan bateri 6V manakala motosikal berkuasa 600cc dan ke atas pula selalunya menggunakan bateri 12V. Anda tidak perlu menggunakan i-Mini yang berlainan untuk kedua-dua jenis voltan ini. Hanya lakukan penyambungan dan manfaatkan ia dengan sepenuhnya.

2. Di mana i-Mini boleh dipasang pada motosikal saya?

Anda boleh membuat sambungan ke wayar i-Mini atau memasangnya di mana saja anda ingini, dengan syarat tempat yang anda pilih mampu melindungi i-Mini daripada kerosakan akibat air atau karat. Lokasi yang disyorkan adalah seperti di dalam ruang bateri atau di bawah tempat duduk. Jika anda perlu mengubahsuai badan motosikal bagi tujuan pemasangan, sila dapatkan bantuan pakar bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa proses tersebut.

3. Kenapa i-Mini kadang kala berklik semasa saya menghidupkan motosikal?

Anda tidak perlu bimbang. Bunyi ini menandakan bahawa alternator motosikal anda tidak berfungsi dengan baik dan tidak mencapai tahap voltan yang mencukupi. Sekiranya litar pengesan i-Mini mendapati tahap voltan terlalu rendah, sensor ini akan mengeluarkan bunyi klik berulang kali. Ia akan terhenti sebaik sahaja enjin motosikal menjanakan tahap voltan yang mencukupi. Jika bunyi klik ini berlarutan, sila hubungi bengkel motosikal anda untuk memeriksa alternator dan juga bateri bagi mengenalpasti sebarang kerosakan.

4. Berapa peratuskah penjimatan kuasa atau minyak hasil penggunaan i-Mini?

Kami tidak mempunyai jawapan yang tepat untuk soalan ini kerana ia lazimnya bergantung kepada keupayaan asal enjin anda. Bagi sesetengah enjin baru dengan komponen-komponen serba baru yang dilengkapi i-Mini, anda boleh menikmati kuasa yang lebih tinggi dengan penggunaan minyak yang sedikit. Enjin yang lebih lama mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan perubahan. Namun, walau apa jua jenis motosikal anda, alternator dan bateri lazimnya tidak berfungsi pada tahap optimum. Kepincangan ini dapat diperbaiki sebaik sahaja i-Mini dipasang. Hasil ujian yang dijalankan, Zeromax Jepun telah berjaya membuktikan penjimatan sebanyak 10-30% untuk pelbagai jenis motosikal apabila i-Mini digunakan.

5. Berapa panjangkah jangka hayat i-Mini?

Zeromax Jepun menawarkan jaminan 12 bulan kepada pengguna yang membeli i-Mini daripada MXB. Produk ini dianggarkan dapat bertahan selama 5 hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis motosikal serta kaedah penggunaan. Sepanjang tempoh waranti, MXB akan menukarkan sebarang i-Mini yang rosak dengan satu unit baru mengikut syarat yang ditetapkan.

6. Selain waranti produk, adakah motosikal dilindungi oleh sebarang waranti lain?

MXB telah menginsuranskan sejumlah USD500,000 (500 ribu Dollar US) dalam insurans liabiliti produk di seluruh dunia. Jika pihak ketiga yang diberi kuasa berjaya membuktikan bahawa sebarang kerosakan pada motosikal anda, di bawah operasi normal, adalah diakibatkan oleh i-Mini, maka insurans akan melindungi kerugian kenderaan anda sehingga jumlah maksimum USD500,000.

7. Kenapa i-Mini terasa agak panas selepas ia terpasang untuk seketika?

i-Mini tidak akan terasa panas. Sebenarnya, situasi yang anda maksudkan berlaku apabila haba enjin motosikal anda memanaskan rangka aluminium i-Mini. Di dalam litar i-Mini, tidak ada satu pun komponen elektronik yang menjanakan haba semasa i-Mini terpasang. Jadi, kepanasan yang anda rasai itu adalah haba yang terhasil daripada enjin dan bukannya daripada i-Mini. Haba panas ini tidak akan merosakkan i-Mini kerana semua komponennya telah direka khusus oleh Zeromax Jepun untuk menahan haba yang tinggi dan getaran yang kuat.