slidder3

i-charge-bm i-charge-bm i-charge-bm i-charge-bm i-charge-bm i-charge-bm

1. Apa i-CHARGE?

i-CHARGE merupakan suatu produk elektronik istimewa yang meliputi 3 sistem, iaitu, Sistem Pemantap Voltan (VSS), Sistem Doktor Bateri (BDS) dan Sistem Pengurangan Gangguan (IRS).

2. Bagaimana i-CHARGE meningkatkan keberkesanannya? Apakah kelebihan-kelebihan yang boleh kita nikmati selepas i-CHAGRE dipasang?

Pemantap Voltan i-CHARGE akan membantu kereta anda sentiasa berkeadaan optimum. Sistem Pemantap Voltan (VSS) i-CHARGE khas direka cipta untuk melindungi semua litar dan kelengkapan elektronik dalam kereta, supaya ia memiliki bekalan kuasa voltan yang stabil. Apabila kereta terpaksa menampung muatan yang lebih, seperti memecut kereta atau memasang alat penyaman udara, kuasa voltan daripada sistem elektronik yang lain akan disalurkan kepada sistem ini demi menggerakkan sistem elektronik yang baru ini. i-CHARGE berfungsi untuk mengelakkan bekalan kuasa voltan itu menjadi lemah secara tiba-tiba. Ini kerana ia berupaya untuk menyimpan, membebaskan tenaga dan menstabilkan litar elektronik pada masa yang sesuai. Dengan itu, ia dapat memastikan semua kelengkapan elektronik kereta beroperasi dengan lancar. Reka bentuk i-CHARGE kedua pula tentang Sistem Doktor Bateri (BDS) yang membantu anda memeriksa dan mengesan kuasa voltan bateri. Apa yang anda perlu buat, cuma tekan satu lampu LED (MERAH) yang direka khas pada papan i-CHARGE, tanpa membuka hud enjin kereta. Apatah pemandu wanita juga mampu mengendalikannya dan memahami keadaan bateri secara mudah. Reka bentuk i-CHARGE ketiga, Sistem Pengurangan Gangguan (IRS) yang berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta. Ia juga mengelakkan isyarat elektronik daripada terganggu dan berlakunya kesilapan. Kini, kereta menggunakan pelbagai jenis komponen elektronik, seperti badan manusia. Ia bukan saja mengandungi reseptor (seperti saraf tunjang tangan), reflektor (seperti sistem saraf motor), isyarat maklumat yang diterima oleh penggerak (seperti penderia gegaran) dan dihantar kepada Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) kereta untuk pemprosesan. Kemudian, maklumat baru akan dihantar kembali kepada reflektor (seperti palam pencucuh) untuk proses pembetulan kesilapan. Gangguan bunyi bising akan menjejaskan ketepatan CPU kereta untuk bergerak balas. IRS berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, sehingga pemindahan isyarat di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.

3. Bagaimana i-CHARGE dipasang dan diguna?

Cara penggunaan i-CHARGE semudah membaca ABC. Ia boleh digunakan serta-merta selepas anda memasang soket i-CHARGE pada suis pencucuh.

4. Berapa lama jangka hayat i-CHARGE?

Biasanya, jangka hayat purata untuk produk elektronik bertahan selama 5 tahun, begitu juga dengan ramalan jangka hayat i-CHARGE. Namun, jika anda menggunakannya dengan cermat, ia boleh bertahan lebih lama, kira-kira 10 tahun.

5. Bagaimana anda tahu i-CHARGE tak berfungsi lagi?

Secara teorinya, i-CHARGE akan beroperasi sepanjang masa, kecuali ia rosak. Anda boleh tekan Butang Doktor Bateri untuk memeriksa sama ada lampu LED HIJAU masih menyala. Kalau ya, ini bererti i-CHARGE berkeadaan baik. Jika lampu LED terpadam, ini juga tidak bererti i-CHARGE bermasalah. Namun, kami menasihatkan anda agar memulangkannya kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika ia masih dalam waranti, syarikat akan membaiki atau menggantikannya dengan i-CHARGE yang baru secara percuma.

6. Ketika anda tekan Butang Doktor Bateri, lampu LED MERAH atau LED HIJAU menyala, apa maksud tanda-tanda ini?

Ini reka bentuk i-CHARGE yang khas diciptakan untuk bateri kereta. Kedua-dua situasi ini memaklumkan anda:

  • a) Lampu LED HIJAU menyala: Kuasa voltan normal, bateri berkeadaan baik.
  • b) Lampu LED RED menyala: Kuasa voltan abnormal, periksa bateri sama ada ia perlu digantikan.

7. Bila i-CHARGE mula beroperasi?

Biasanya, i-CHARGE akan mula beroperasi selepas suis pencucuh kereta dipasang untuk beberapa saat.

8. Adakah i-CHARGE akan merosakkan kereta jika berlaku kerosakan?

Tidak, sebab i-CHARGE hanya satu kelengkapan tambahan yang disambungkan kepada bateri kereta menerusi suis pencucuh. Ia bertindak sebagai pengawal kereta saja. Apabila ia berhenti berfungsi, kereta tetap akan beroperasi seperti keadaan biasa semula, tanpa mendatangkan apa-apa kesan kepada kereta. Sudah tentu, anda tidak dapat menikmati kelebihan-kelebihan yang ada pada i-CHARGE lagi. Namun, anda boleh menikmati kelebihan i-CHARGE semula dengan membelinya daripada pengedar yang terdekat jika anda rasa perlu.

9. Adakah fungsi i-CHARGE akan terjejas jika ia selalu ditukar alih?

Biasanya, fungsi i-CHARGE tidak akan terjejas selagi ia digunakan secara cermat. Tapi, kami mengesyorkan, lebih baik 1 unit i-CHARGE dipasang untuk sebuah kereta, sebab tindakan mengalih i-CHARGE yang berulang kali mungkin akan merosakkan suis pencucuh kereta dan soketnya. Jika anda fikir i-CHARGE, suatu produk yang baik, anda harus memasang setiap i-CHARGE pada kereta yang berlainan. Jangan selalu mengalihkannya dari sebuah kereta kepada kereta yang lain, kerana tindakan ini akan menyingkatkan jangka hayatnya.

10. Adakah kereta akan rosak jika i-CHARGE tidak digunakan buat seketika dan kemudian digunakan semula?

Tidak, sebab ketika anda berhenti menggunakan i-CHARGE, kereta akan beroperasi seperti keadaan biasa semula. Selagi anda menggunakannya semula, awak akan berpeluang menikmati segala kelebihan yang diperuntukkan oleh i-CHARGE semula.

11. Adakah i-CHARGE selamat digunakan?

Ya, ia amat selamat digunakan, sebab daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta, yang tiada sinaran radioaktif dan gelombang magnetik. Ia hanya akan memudaratkan badan manusia apabila ia menggunakan arus elektrik ulang-alik (AC) seperti peralatan elektronik rumah kerana ia membebaskan gelombang magnetik elektrik. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda.

12. Bolehkah i-CHARGE dipasang untuk motosikal?

Boleh, keberkesanannya adalah sama dengan pemasangan kereta. Tetapi, kebanyakan motosikal tiada suis pencucuh. Anda perlu mencari pakar untuk memasang sistem wayar dan soket suis pencucuh di luar, supaya i-CHARGE boleh dipasang. Anda juga boleh mendapat khidmat nasihat daripada syarikat.

13. Bagaimana i-CHARGE menjimatkan penggunaan petrol kereta?

Penjimatan petrol banyak bergantung kepada penyalaan enjin kereta. Penyalaan ini pula dipengaruhi oleh kuasa voltan pencucuh. Para mekanik atau pakar kereta memang jelas bahawa kuasa voltan pencucuh adalah di antara 12000-14000 volt. Mustahil mereka memasangkan pencawang elektrik yang berkuasa tinggi di dalam kereta. Dengan itu, pakar kereta pun bijak menyalurkan arus aruhan daripada bateri yang berkuasa 12V untuk menghasilkan kuasa voltan pencucuh yang lebih tinggi, supaya bekalan arus menjadi lebih rendah dan selamat digunakan. Tetapi, ada satu masalah yang akan timbul. Jika arus aruhannya diperkuatkan sebanyak 1000 kali ganda (12V akan menjadi 12000V), ini bererti, perubahan arus sebanyak 0.1V dalam bateri akan meningkatkan kuasa palam pencucuh sebanyak 100V, yang mengakibatkan proses pembakaran petrol enjin tidak lengkap dan membazirkan petrol. i-CHARGE berfungsi untuk menstabilkan kuasa voltan bateri. Apabila ia mengesani ada perubahan arus elektrik, ia akan menyimpan dan membebaskan tenaga pada masa yang sesuai, supaya kuasa voltan bateri dan suis pencucuh dikekalkan. Dengan itu, proses pembakaran petrol yang lebih sempurna akan berlaku dan kos petrol boleh dikurangkan secara berkesan.

14. Adakah i-CHARGE akan menyingkatkan jangka hayat bateri kereta?

Mungkin anda rasa musykil, jika i-CHARGE boleh menyimpan dan menyalur tenaga daripada bateri kereta, pasti penggunaan kuasa voltan bateri bertambah berbanding dengan masa sebelum ia dipasang. Padahal, keadaan sebaliknya pula berlaku, kerana i-CHARGE berfungsi sebagai bateri kereta yang kedua. Ia bukan saja membantu alat-alat kelengkapan elektronik kereta berjalan lancar, malah mengurangkan bebanan dan kuasa voltan bateri yang tinggi, dan seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri. Selain itu, Sistem Doktor Bateri juga membolehkan anda memeriksa kuasa voltan bateri dengan lebih mudah. Oleh itu, i-CHARGE hanya memanjangkan jangka hayat bateri, sepertimana kita menjalani pemeriksaan kesihatan badan secara tetap.

15. Adakah tenaga bateri akan kehausan jika i-CHARGE masih dipasang selepas enjin kereta dimatikan?

Selepas enjin kereta dimatikan, i-CHARGE tidak akan merosakkan bateri kereta jika ia masih dipasang. Ini kerana kebanyakan kereta memiliki reka bentuk yang tersendiri. Suis pencucuh akan berhenti beroperasi (mengelakkan ia terbakar sendiri) selepas enjin dimatikan. Lantaran pemutusan litar elektrik, kuasa voltan bateri tidak akan kehausan. Lagipun, i-CHARGE hanya memerlukan kuasa voltan yang kecil untuk beroperasi, berbanding dengan kapasiti bateri yang besar. Namun, kami ingin mengesyorkan, jika anda tidak menggunakan i-CHARGE untuk beberapa minggu atau bulan, lebih baik litar elektrik bateri diputuskan, sebab kelengkapan elektronik kereta akan menghauskan kuasa bateri lebih cepat daripada i-CHARGE tanpa mengira ia digunakan atau tidak. Bagi pemilik motosikal pula, anda dinasihatkan agar mencabut i-CHARGE keluar demi mengelakkan sebarang kecurian dan kehausan bateri berlaku. Ini kerana kapasiti bateri motosikal adalah jauh lebih kecil daripada kereta, jadi, kuasa voltan baterinya lebih cepat menjadi kehausan. Justeru itu, baik i-CHARGE dicabut selepas enjin motosikal dimatikan.

16. Siapa sasaran utama dalam penggunaan i-CHARGE?

Jangan anda ingat, i-CHARGE hanya direka cipta khas untuk para pemilik kereta yang cenderung untuk mengubahsuai atau menghiasi kereta mereka. Sebenarnya, ia dihasilkan untuk setiap pemilik kereta, terutamanya kereta lama atau alat-alat elektronik yang berkuasa voltan lemah. Namun, segala kecacatan tersebut boleh diatasi dengan pemasangan i-CHARGE kerana ia bukan saja mudah dipasang, apatah menyalurkan kuasa voltan yang stabil kepada semua alat elektronik supaya berfungsi dengan lebih cekap. Lebih-lebih lagi pada masa harga petrol yang kian melambung tinggi ini, ia banyak menjimatkan kos penggunaan petrol enjin anda. Jadi, belilah i-CHARGE, satu tindakan yang bijak bagi anda! Selain itu, i-CHARGE juga sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan, misalnya kereta peribadi, limusin, kereta RV, lori, bas dan sebagainya tanpa mengira ia mengguna petrol, diesel, petrol plumbum atau bukan plumbum.

17. Apakah perbezaan di antara i-CHARGE dengan produk-produk berjenama lain?

i-CHARGE boleh menjadi unik dalam pasaran produk, kerana ia berasaskan “Sistem 3 Dalam 1”, dikemukakan oleh syarikat Jepun ZERO-MAX yang berpengalaman dan menggunakan teknik yang mahir dalam penghasilan produk kereta buat berpuluh-puluh tahun. Mereka juga sentiasa meningkatkan teknologi untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi demi memanfaatkan para pengguna. Sesungguhnya, i-CHARGE menggunakan komponen-komponen elektronik yang berkualiti tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran yang kuat berbanding dengan produk-produk berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium sebagai pembalut, i-CHARGE berupaya mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain itu, ia juga merupakan satu-satunya pemantap voltan elektrik yang dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis pencucuh dalam kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam petak enjin kereta yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan gegaran. Pasti anda boleh bayangkan, sama ada i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk lain yang dipasang di dalam petak enjin mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia?

18. Mengapa i-CHARGE tidak boleh dipasang atau dicabut daripada suis pencucuh semasa kereta dipandu?

Anda tidak digalakkan untuk berbuat sedemikian memandangkan tindakan tersebut akan memudaratkan Unit Penyelenggaraan Pusat (CPU) atau sistem perlindungan litar elektrik (misalnya fius) akan terbakar. Semasa i-CHARGE beroperasi, kadar aliran arus elektrik negatif akan menjadi lebih tinggi dan stabil. Jadi, VSS memerlukan kuasa voltan yang lebih tinggi untuk mengawal kestabilan voltan yang disalurkan kepada alat-alat elektonik dalam kereta. Jika anda tiba-tiba mencabut soket i-CHARGE keluar, ia akan mengakibatkan CPU mudah menjadi rosak. Tindakan ini sama seperti anda mencabut soket komputer daripada sumber arus elektrik dan menyebabkan formula program komputer terganggu. Dalam hal ini, i-CHARGE dilengkapi 2 pelindung fius dalam soket dan litar elektrik supaya keselamatan anda dijaga. Selain itu, syarikat juga memberi satu tambahan fius untuk soket bagi setiap pembelian i-CHARGE supaya pengguna boleh menukarnya jika kemalangan berlaku. Namun, anda dinasihatkan agar menghantar i-CHARGE kepada syarikat untuk pemeriksaan. Jika perubahan kuasa voltan bukan ketara sangat, i-CHARGE masih mampu menyesuaikannya dalam masa yang cukup dan tidak akan menjadi masalah jika anda mencabutnya secara tidak sengaja. Sama ada produk itu i-CHARGE atau produk elektronik yang lain, anda tetap dinasihatkan supaya jangan mencabut i-CHARGE sesuka hati ketika kereta dipandu demi menjaga jangka hayatnya.