slidder3



1) Menghadiri Penerangan Peluang Perniagaan MXB (BOP)/ Aktiviti

Untuk mendengar dan memahami latar belakang syarikat, pengetahuan mengenai kelebihan produk syarikat , pelan pemasaran, sistem, serta perkongsian testimoni kesihatan dan perniagaan

2) Menjadi Pengguna Produk

Menggunakan produk dan merasai kesannya sendiri dan kemudian anda boleh berkongsi manfaat produk dengan prospek/ pelanggan. Anda boleh meyakinkan prospek dengan mudah sekali melalui testimoni diri sendiri. Selain itu, anda juga boleh meningkatkan kesihatan badan dari masa ke semasa.

3) Jangan jual produk tapi berkongsi kelebihan produk

Jangan jual produk, tapi berkongsi manfaat dan kelebihan produk selepas mengguna & merasainya. Kemudian berkongsi konsep produk iaitu konsep “Ultimate Detox” dan anda dapat membuat penerangan yang jelas kepada pelanggan dengan mudah sekali.

4) Sentiasa memastikan produk mencukupi
Untuk memberikan perkhidmatan yang bagus kepada pelanggan, produk haruslah mencukupi dan tersedia supaya pelanggan anda boleh membeli produk tersebut dengan serta-merta/ bila bila masa sahaja.

5) Sediakan alat-alat bantuan pemasaran

Untuk melaksanakan kerja dengan sempurna, sila sediakan alat-alat bantuan pemasaran seperti buku testimoni, rakaman video testimoni (melalui telefon pintar), pita perakam, Pelan Pemasaran & buku produk, kad nama dan sebagainya.

6) Sikap yang bagus

Mengekalkan dan mempertingkatkan imej kejayaan untuk diri sendiri seperti kelakuan, pakaian, sikap, perbualan dan tabiat. Pelanggan anda akan berasa senang bersama anda .

7) Penyenaraian & Jemputan

Senaraikan prospek anda seramai mungkin dan jalinkan hubungan yang rapat dengan mereka. Sila ingat bahawa setiap orang adalah prospek berpotensi anda. Sila jemput prospek atau pelanggan anda datang ke mesyuarat untuk penerangan selanjutnya, supaya dapat meyakinkan mereka. Selepas itu temujanji seterusnya haruslah diaturkan sekali lagi.

8) Tindakan susulan dan perkhidmatan

Anda adalah digalakkan membuat tindakan susulan dengan prospek anda selepas mesyuarat perniagaan dalam masa 24 jam serta berjumpa mereka secara persendirian. Sikap positif dan merendah diri anda merupakan faktor utama yang dapat meyakinkan prospek untuk membuat keputusan.

9) Pengurusan masa

Pengurusan masa adalah sangat penting terutamanya apabila anda melibatkan diri dalam menjalankan perniagaan MXB.