Halaman Utama|Hubungi Kami|Senarai e-Mobile|Ahli Masuk Bahasa Malaysia 
› Syarikat › Produk › Kerjaya › Berita › Hubungi Kami › Muat Turun
Sejarah

i-Charge
› Pengenalan
› Soal Jawab
› Senarai Harga

i-Check
› Pengenalan
› Soal Jawab
› Senarai Harga

i-Mini
› Pengenalan
› Soal Jawab
› Senarai Harga

i-Power
› Pengenalan
› Soal Jawab
› Senarai Harga

MAX3 Reborn Cream

Produk Akan Datang

Testimoni
Halaman UtamaProduki-Check Soal Jawab


i-Check Soal Jawab



1. Apakah saiz monitor i-Check?


Saiznya adalah seperti sekeping kad nama. Dimensinya adalah 80mm(3") kelebaran x 50mm (2") ketinggian x 25mm (1") kedalaman.

2. Berapakah berat monitor?


Berat monitor adalah dianggarkan 250gm, lebih ringan daripada i-POD.

3. Adakah monitor akan memaparkan setiap tekanan tayar atau adakah ianya hanya akan memaparkan amaran tekanan rendah?


i-Check telah direkabentuk berasaskan sejenis petunjuk LCD “Hijau Bermaksud Baik”, yang membolehkan pemandu mengetahui kesemua tekanan 4 tayar dengan serentak menerusi paparan LCD. Tambahan lagi, terdapat penggera berbunyi dalaman yang dipasang di dalam unit paparan bagi memberi amaran kepada pengguna akan kehilangan tekanan tayar.

4. Apa yang akan berlaku sekiranya tekanan tayar didapati menjadi rendah?


Penggera akan berbunyi dan paparan akan diaktifkan apabila tekanan sesebuah tayar jatuh di bawah 20psi nilai tekanan kritikal. Nilai tayar yang diwakili pada LCD akan bertukar kepada warna merah dan berbunyi beep dan ianya hanya akan dihentikan setelah tekanan tayar disesuaikan semula.

5. Apakah yang akan berlaku apabila tekanan tayar menjadi terlalu tinggi?


Tekanan keempat-empat tayar akan dipaparkan dengan jelas di LCD, dan sekiranya tekanan didapati menjadi terlalu tinggi, penggera akan terus berbunyi dan perhatian segera adalah diperlukan bagi menyesuaikan tekanan supaya kembali menjadi normal.

6. Bagaimanakan tekanan tayar ditentukan ketika sesuatu pemasangan dibuat?


i-CHECK telah diprogramkan supaya tiada lagi sebarang penyesuaian yang perlu dibuat setelah pemasangan dilakukan. Hanya pasangkan keempat-empat sensor ke dalam kesemua tayar mengikut kedudukan tayar yang betul seperti yang dilabelkan pada alat pengesan (LF/LR/RF/RR) dan pasangkan pemapar LCD ke soket pencucuh rokok kereta, tekanan pada tayar akan mengaktifkan bateri alat pengesan dan mencetuskan kesemua alat pengesan untuk memancarkan isyarat ke unit LCD utama.

7. Adakah sistem pemantauan tekanan tayar ini boleh diperkembangkan?


Tidak. Kami hanya menyediakan kit praset 2, 4, dan 6 roda. Kenderaan yang lebih besar memerlukan jenis kit yang berlainan dari pembekal Jepun.

8. Adakah sistem ini berbentuk langsung atau tidak langsung?


i-Check adalah Sistem yang paling Langsung dan Stabil di pasaran kini. Dan ia mempunyai pengesan antena dalaman berpaten yang tidak dimiliki oleh produk-produk lain, yang membolehkan pengesan mendapat lebih jumlah liputan dan membuatkannya menjadi lebih stabil ketika menghantar isyarat.

9. Sekiranya saya membeli kenderaan yang baru, bolehkah sistem saya dipindahkan dengan mudah?


Sudah tentu. Anda boleh pindahkan kesemua alat pengesan dan monitor LCD ke kereta baru anda sepertimana apabila anda membeli i-CHECK buat kali pertama.

10. Adakah monitor ini perlu dihidupkan pada setiap masa bagi menerima isyarat daripada alat pengesan?


Alat pengesan i-CHECK akan menghantar isyarat pada setiap masa sebaik sahaja berada di dalam persekitaran bukan tekanan sifar. Unit LCD hanyalah berfungsi sebagai alat pemapar bagi membolehkan mata manusia melihat bagaimana alat pengesan ini beroperasi dan bacaan tekanan di dalam tayar. Oleh yang demikian anda boleh menghidupkan atau mematikan pemapar LCD apabila anda perlu mendapatkan bacaan tersebut sahaja.

11. Kenapa saya gagal mendapatkan sebarang isyarat dari alat pengesan ketika pemasangan dilakukan?


Ini tidak akan berlaku dalam setiap kes. Memandangkan i-CHECK telah melalui QC yang ketat sebelum ianya dikeluarkan dari kilang. Jadi sekiranya anda mengesan sebarang isyarat pada mana-mana alat pengesan, sila hantarkannya semula ke MXB untuk ditukarkan dengan kit baru dan kami akan membawanya pulang ke Jepun bagi ujian.

12. Bagaimanakah caranya untuk mematikan bunyi penggera pada Sistem Pemantauan Tekanan Tayar?


Sila jangan matikan bunyi penggera, sehinggalah masalah tayar telah diselesaikan. Kehilangan tekanan tayar atau tekanan rendah merupakan suatu isu yang mendatangkan bahaya kepada nyawa.

13. Apakah yang harus dilakukan sekiranya nyalaan hijau pada monitor tidak dapat dipaparkan?


Ini tidak akan berlaku dalam kebanyakan kes memandangkan i-CHECK telah melalui QC yang ketat sebelum ia dikeluarkan dari kilang. Oleh yang demikian, sekiranya anda tidak dapat mengesan sebarang isyarat daripada alat pengesan, sila hantarkannya semula ke MXB untuk ditukarkan dengan kit baru dan kami akan membawanya pulang ke Jepun bagi ujian. Jangan lengahkan tindakan pemulangan ini kerana memantau tekanan tayar adalah penting pada setiap masa.

14. Bagaimana caranya untuk memeriksa tekanan tayar?


Sila baca nilai yang tertera di paparan LCD dan bandingkannya dengan ketetapan OE anda. Sekiranya tekanan tayar berada lebih rendah daripada 5%, ianya akan memberi kesan kepada kos bahan api anda dalam kadar 5% juga. Oleh yang demikian, sesuaikan semula tekanan tayar apabila anda mendapati tekanan tayar menjadi lemah.

15. Apakah yang akan berlaku apabila saya mengeluarkan alat pengesan bagi mengisi udara atau memeriksa tekanan pada tayar saya?


Anda tidak perlu mengeluarkan alat pengesan daripada tayar bagi memeriksa tekanan kerana i-CHECK berfungsi seperti batang kebuk yang normal sekiranya anda ingin memeriksa tekanan tayar dengan menggunakan alat-alat yang terdapat di pasaran.

16. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penggera tekanan rendah diaktifkan?


Berhentikan kereta anda dengan serta merta dan buat pemeriksaan segera sekiranya terdapat kekempisan atau tekanan rendah pada tayar. Bawa kereta anda ke kedai tayar dengan secepat mungkin.

17. Apakah yang membuatkan alat pengesan saya memancarkan isyarat?


Alat pengesan akan memancarkan data ke monitor melalui dua cara:
· Alat pengesan akan menghantar isyarat terkini pada setiap enam (6) saat 365 hari setahun tanpa henti di bawah keadaan normal.
· Alat pengesan memancarkan 10 isyarat pada setiap saat sebaik sahaja ia mengesan kelemahan tekanan tayar berbanding dengan nilai praset.

18. Apakah yang membuatkan monitor memaparkan penggera?


Kelemahan tekanan akan mencetuskan penggera dan paparan.

19. Adakah saya perlu menjalani penyeimbangan semula tayar apabila alat pengesan digunakan?


Sila jalani penyeimbangan semula tayar setelah alat pengesan dipasang walaupun kami tahu bahawa berat alat pengesan tersebut tidaklah terlalu besar sehingga memberi kesan kepada keseimbangan tayar. Namun, pemeriksaan keseimbangan tayar-roda pada setiap masa adalah satu langkah yang baik kerana ianya akan dapat meningkatkan jangka hayat tayar berkenaan dan pada masa yang sama mengurangkan kos bahan api.

naik atas
Download
PowerPoint 1
PowerPoint 2
Rangkaian Produk
› i-Charge
› i-Check
› i-Mini
› i-Power
› MAX3 Reborn Cream
› Produk Akan Datang
› Testimoni
› Info Terkini
› Aktiviti
› Galeri
› Promosi
› Hubungi Kami
› Senarai e-Stockist
› Senarai e-Mobile
603-7980 6161   |  603-7980 3535   |operation@mxb2u.com |mxb2u.com |  © 2009, MXB International Holdings Sdn Bhd, All Rights Reserved.  |Peraturan-peraturan Perjanjian Ahli |Polisi & Prosedur