Halaman Utama › Produk › i-Check Pengenalan
i-Check Pengenalan
SISTEM PEMANTAUAN TEKANAN TAYAR TANPA WAYAR BERTEKNOLOGI TINGGI
SISTEM PEMANTAUAN TEKANAN TAYAR YANG PALING MAMPU DIMILIKI, TEPAT DAN BOLEH DIPERCAYAI
i-Check merupakan sejenis Sistem Pemantauan Tekanan Tayar Tanpa Wayar(TPMS).
Anda tidak memerlukan sebarang wayar bagi menghubungkan alat pengesan tayar tanpa wayar dengan alat paparan panel LCD.Panel paparan LCD tersebut amat mudah digunakan dengan menghubungkannya dengan palam pencucuh rokok yang terdapat di dalam sesebuah kereta.
i-Check akan sentiasa memberi makluman kepada anda ketika memandu.
Apabila tekanan tayar jatuh ke bawah paras kritikal, i-Check akan menghasilkan sejenis isyarat amaran kepada pemandu menerusi bacaan merah dan bunyi penggera. Secara ringkasnya, i-Check akan:
• Menjamin Keselamatan Kenderaan
• Memperbaiki Penjimatan Minyak
• Mempertingkatkan Prestasi Kenderaan
• Memanjangkan Jangka Hayat Tayar
PENGESAN
Pengesan i-Check menggunakan sejenis protokol tanpa wayar khas bagi membolehkan pemandu mengesan nilai sebenar tekanan tayar menerusi Panel Paparan LCDnya. Teknologi ini berasal dari sejenis pemancar pengesan yang dijanakan dari beteri berteknologi tinggi yang amat istimewa. Setiap pemancar pengesan tayar mengeluarkan sejenis frekuensi pengenalan unik dan tersendiri, yang akan memastikan bahawa ianya tidak dapat dikesan oleh tayar dari kenderaan lain. Dalam pada itu, setiap alat pengesan didatangkan dengan bateri berkuasa tinggi yang menepati spesifikasi ketenteraan yang dapat bertahan sehingga 10 tahun.
PANEL PAPARAN LCD PUSAT
Pemapar pusat menampilkan maklumat sebenar keadaan tekanan keempat-empat tayar. Tekanan sebenar setiap tayar akan dipaparkan menerusi 4 sudut menurut kedudukan asal tayar anda. Ketika melakukan perjalanan, tekanan tayar akan dipaparkan pada masa nyata dan dikemaskini dalam setiap selang masa 10 saat. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja i-CHECK mengesan sebarang kejatuhan tekanan tayar di bawah nilai praset kritikal, maka alat pemapar akan serta-merta menunjukkan bacaan merah untuk tayar berkenaan dan pada masa yang sama mengeluarkan bunyian penggeraan bagi memberi amaran kepada pemandu.
PEMASANGAN i-CHECK
 |
|
Langkah 1
• Pasang batang injap, skru & pek sesendal yang dibekalkan bersama alat Pengesan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar (1).
• Pastikan agar skru tidak diketatkan terlebih dahulu sehinggalah sudut batang injap yang besesuaian telah dikenakan kepada roda kenderaan selepas alat pengesan telah dipasang dan diperiksa ke atas roda tersebut.
• Pastikan anda telah mendapatkan sudut pengesan-batang yang terbaik pada roda. Ketatkan segala bahagian boleh gerak di alat pengesan seperti skru dan lain-lain lagi sebelum Langkah 2 dilaksanakan. |
 |
|
Langkah 2
• Pasang tayar semula kepada roda, setelah anda pastikan bahawa Langkah 1 telah diikuti dengan sempurna.
• Masukan udara ke dalam tayar menurut tekanan tayar OE khas yang telah disarankan (Dapatkan khidmat nasihat dari pengedar kereta setempat anda dan dari manual sekiranya anda tidak pasti dengan ketetapan tekanan tersebut. JANGAN terlebih isi atau terkurang isi tekanan tayar. |
 |
|
Langkah 3
• Ulangi Langkah 1 & 2 bagi keempat-empat tayar.
• Kini kesemua tekanan pada 4 tayar tersebut seharusnya akan tertera dengan jelas pada monitor LCD.
• Pengubahsuaian kecil bolehlah dilakukan ke atas tekanan tayar dengan mengisi atau membuang udara dari tayar bagi menyesuaikannya dengan ketetapan pengilangan. |
 |
|
Langkah 4
• Sekiranya anda mendapati salah satu daripada bacaan bertukar kepada rwarna merah dan berada pada angka tekanan yang amat rendah di paparan LCD tersebut, maka periksalah semula tayar dengan memastikan bahawa tayar telah dipasang dengan sempurna dan alat pengesan pengesan i-CHECK telah dimuatkan secara normal. Kesemua bacaan seharusnya berwarna HIJAU setelah ianya dipasang. JANGAN pandu kereta sekiranya anda tidak dapat melihat segala bacaan dalam warna Hijau.
• Sekiranya WARNA merah terpapar ketika anda sedang memandu sebaik sahaja meninggalkan bengkel perkhidmatan, hentikan pemanduan dan kunjungi bengkel anda dengan serta merta kerana ini menandakan bahawa tayar anda berada pada tekanan rendah.
|
KELEBIHAN-KELEBIHAN
• Cepat dan mudah dipasang, dan sesuai digunakan pada hampir sebarang jenis kenderaan.
• Fungsi pengesan adalah bergantung kepada putaran tayar.
• Paparan masa-nyata pada semua tekanan tayar dan suhu kerja.
• Reka bentuk yang menarik dengan Paparan LCD baru yang jelas.
i-CHECK MENJIMATKAN WANG!
• Tiada kos pemasangan yang mahal.
• Tayar yang diisi udara dengan sempurna akan menjimatkan kos bahan api sebanyak 30%.
• Tayar yang diisi udara dengan sempurna akan memanjangkan jangka hayat bunga tayar sebanyak 35%.
• Paparan LCD i-Check mudah dialihkan dari kedudukan asal ke kenderaan lain.
i-CHECK MENJAMIN KESELAMATAN ANDA!
• Tekanan tayar sentiasa dipantau pada setiap masa.
• i-Check mampu mengelakkan pemanduan yang berbahaya serta kemalangan yang diakibatkan oleh kelemahan tekanan tayar.
• Meningkatkan kestabilan kereta kerana tayar yang diisi udara dengan sempurna akan lebih mudah dikendalikan dan mempunyai jarak brek yang lebih efektif.
• i-Check lebih meningkatkan kemampuan anda untuk memberi maklumbalas terhadap kehilangan tekanan tayar.
• Amaran tekanan rendah akan dipaparkan secara masa-nyata pada monitor LCD bagi menunjukkan tekanan tayar yang lemah.
naik atas