Muka|Hubungi Kami|Daftar e-Mobile|Anggota Masuk Bahasa Indonesia 
› Perusahaan › Tentang Produk › Jenjang Karir › Buletin › Hubungi Kami › Download
Sejarah Permobilan

i-Charge
› Pengenalan
› Tanya Jawab
› Daftar Harga

i-Check
› Pengenalan
› Tanya Jawab
› Daftar Harga

i-Mini
› Pengenalan
› Tanya Jawab
› Daftar Harga

i-Power
› Pengenalan
› Tanya Jawab
› Daftar Harga

MAX3 Reborn Cream

Produk Yang Akan Datang

Testimoni
MukaTentang Produki-Mini Pengenalan


i-Mini Pengenalan



Unit Pengurusan Elektronik untuk membantu menjimatkan minyak kenderaan anda serta berfungsi sebagai penstabil voltan untuk motosikal.



Penciptaan i-MINI.



Sejak dilancarkan oleh Zeromax Jepun pada November tahun lalu, i-CHARGE telah terbukti sangat berkesan untuk menjimatkan penggunaan minyak serta meningkatkan prestasi kereta. Secara amnya, pengguna amat berpuas hati dengan i-CHARGE dan hari ini, Zeromax telah mengeluarkan satu lagi ciptaan terbarunya iaitu i-MINI yang direka khusus untuk motosikal. Susulan permintaan yang tinggi untuk produk seperti i-CHARGE dalam pasaran motosikal, Zeromax telah menumpukan sepenuh komitmennya terhadap R&D produk ini sejak tahun lepas lagi. Hasil usaha gigih dan tekun pasukan R&D di Zeromax, maka lahirlah i-MINI yang tersedia khas untuk kemudahan anda.

Fungsi-Fungsi i-MINI



Sistem Penstabilan Voltan (VSS)



Seperti kereta, motosikal juga menggunakan bateri untuk menghidupkan semua fungsi elektronik dan enjin. Palam pencucuh dalam kebuk pembakaran motosikal memerlukan kuasa bateri ini untuk mencetuskan percikan api dan menghasilkan tenaga. Bagi tujuan ini, voltan yang stabil serta mencukupi adalah amat penting untuk mengekalkan prestasi enjin anda. i-MINI dengan litar penstabilan voltan pasang siap, sistem pencucuhan yang canggih dan komponen dalaman yang berfungsi dengan lancar akan memastikan agar enjin motosikal anda sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang.

Bekalan Kuasa Alternator Yang Lebih Stabil



Alternator motosikal lazimnya lebih kecil berbanding kereta dan akibatnya, kuasa pengecas sering kali tidak stabil. Oleh kerana kebanyakan motosikal menggunakan enjin satu silinder (berbanding kereta yang menggunakan 3 hingga 12 silinder), perubahan voltan pada sistem pencucuhan pasti akan menjejaskan keseluruhan prestasi enjin. Jika alternator tidak berfungsi dengan baik, maka enjin tidak dapat bergerak dengan sempurna.Penggunaan i-MINI boleh menyelesaikan masalah ini kerana ia mampu melancarkan sistem pencucuhan dengan menyokong alternator apabila kuasa pengecas semakin kurang. Ia membantu membekalkan voltan yang diperlukan untuk memastikan kuasa berada para paras maksimum bagi meningkatkan prestasi setiap komponen motosikal setiap kali anda menghidupkan enjin.


Sistem Pencucuhan Yang Lebih Lancar, Penggunaan Minyak yang Lebih Jimat dan Respons Yang Lebih Cepat



Bagi motosikal berenjin satu silinder, hanya terdapat satu sahaja palam pencucuh dalam enjin. Setiap cas yang dihasilkan oleh palam pencucuh ini melambangkan prestasi enjin anda. Jika sistem pencucuhan menjanakan kuasa sebanyak 70%, maka enjin hanya akan berfungsi pada tahap 70% berbanding prestasi maksimum. Oleh kerana i-MINI dilengkapi dengan program cip komputer yang dapat meningkatkan kuasa pencucuhan, ia akan merangsang keupayaan CDI (capacitive discharge ignition atau sistem cucuh) untuk membekalkan tenaga yang tidak mampu dihasilkan oleh motosikal. Dengan i-MINI, prestasi motosikal anda pasti akan lebih hebat dengan respons yang lebih cepat serta penggunaan minyak yang lebih jimat.



SISTEM HIBERNASI – Ciptaan pintar bagi penjimatan tenaga oleh i-MINI

Secara amnya, motosikal boleh diasingkan kepada 2 kategori. Pertama, motosikal berkuasa rendah 50cc-250cc dengan enjin satu silinder sebagai sumber kuasa. Kedua, motosikal berkuasa tinggi 250cc-2500cc yang menggunakan enjin 2 hingga 4 silinder sebagai sumber kuasa. Saiz bateri yang digunakan dalam motosikal berkuasa rendah hanyalah sebesar genggaman tangan dengan voltan 6V. Motosikal berkuasa tinggi pula menggunakan bateri sebesar bata dengan voltan 12V. Anda tidak akan menghadapi masalah kehilangan kuasa dengan motosikal berkuasa tinggi ini, namun, jika anda menggunakan i-MINI dalam motosikal berkuasa rendah, ia akan menyusutkan kuasa bateri dalam masa satu minggu sahaja disebabkan saiz baterinya yang sangat kecil. Menyedari masalah ini, Zeromax Jepun telah mereka cipta sebuah litar elektronik pintar yang digelar SISTEM HIBERNASI yang membolehkan i-MINI terpadam sendiri apabila motosikal tidak digunakan.

Apabila alat pengesan SISTEM HIBERNASI mendapati bahawa enjin motosikal telah dimatikan, i-MINI akan bertindak balas dengan menghentikan bekalan kuasa kepada hampir keseluruhan komponen elektronik di dalamnya. Hanya litar pengesan sahaja yang akan terus berfungsi bagi membolehkan i-MINI kembali terpasang secara automatik apabila anda menghidupkan motosikal semula. Dengan cara ini, i-MINI boleh bertahan 3 kali ganda lebih lama iaitu sehingga 3 minggu berturut-turut tanpa menghidupkan enjin. Pada masa yang sama, ia masih mampu berfungsi dengan baik pada saat anda memerlukannya. Sebagai peringatan, jika anda berhasrat meninggalkan rumah untuk tempoh melebihi 2 minggu, kami mengesyorkan agar anda memutuskan sambungan bateri bagi melindungi jangka hayat bateri tersebut dan bagi memudahkan anda untuk menghidupkan kembali motosikal anda. Walaupun motosikal berkuasa tinggi mungkin tidak akan menimbulkan sebarang masalah, anda masih digalakkan untuk mematuhi langkah ini.


Pemasangan i-MINI



Ianya sungguh mudah! Hanya pastikan lokasi bateri motosikal anda (jika anda sangsi, sila rujuk pada manual pemilik motosikal mengenai cara-cara menukar bateri) dan sambungkan wayar putih i-MINI ke terminal positif bateri dan wayar hitam ke terminal negatif bateri. Dengan menggunakan pita perekat dwilapisan (double tape) yang disertakan dalam kit, lekatkan i-MINI pada dinding cesi motosikal atau pada bateri itu sendiri. Jika anda tidak pasti tentang cara pemasangan yang betul, sila dapatkan bantuan daripada mana-mana pusat servis motosikal. Setelah pemasangan i-MINI selesai, pastikan semua komponen kembali pada kedudukan asal dan motosikal anda kini sudah sedia untuk ditunggangi. i-MINI juga amat menjimatkan kerana ia tidak perlu disenggara. Dengannya, prestasi motosikal anda akan sentiasa cemerlang bagi melancarkan setiap perjalanan anda pada bila-bila masa sahaja.


Awas !! Apabila i-MINI mengeluarkan bunyi

Anda tidak perlu bimbang kerana bunyi ini melambangkan operasi i-MINI yang normal. Tanpa i-MINI, motosikal anda lazimnya akan mengambil sedikit masa untuk membolehkan alternator mengecas bateri hingga mencapai voltan yang mencukupi. Akibatnya, anda mungkin terasa enjin tidak begitu berkuasa dan tidak memberikan respons yang cepat ketika anda mula menghidupkan motosikal. Selepas beberapa ketika, barulah motosikal dapat bergerak dengan lebih lancar.

Dengan i-MINI, respons motosikal lazimnya lebih cepat sebaik sahaja enjin dihidupkan. i-MINI mungkin mengeluarkan bunyi klik klik buat seketika jika alat pengesannya mendapati voltan alternator terlalu rendah dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Oleh itu, litar dalaman akan terpadam dan terpasang berulang kali akibat hibernasi voltan rendah. Bunyi ini, yang akan terhenti sebaik saja alternator mencapai voltan yang mencukupi, membuktikan bahawa sistem hibernasi i-MINI sememangnya amat bermanfaat untuk motosikal anda.

Ciri-ciri khas i-MINI:



- Sistem Penstabilan Voltan (VSS)
- Menguatkan Keupayaan Bateri
- Meningkatkan Bekalan Kuasa Alternator
- Menjimatkan Minyak
- Mempercepatkan Respons Enjin
- Melancarkan Sistem Pencucuhan - Berhibernasi Apabila Tidak Digunakan
- Mudah Dipasang
- Tiada Bayaran Penyenggaraan
- Bateri Tahan Lebih Lama
- Respons Komponen Elektronik Lebih Cepat


kembali ke atas


Download
PowerPoint 1
PowerPoint 2
Jenis Produk
› i-Charge
› i-Check
› i-Mini
› i-Power
› MAX3 Reborn Cream
› Produk Yang Akan Datang
› Testimoni
› Buletin Terkini
› Kegiatan
› Galeri
› Promosi
› Hubungi Kami
› Daftar e-Stockist
› Daftar e-Mobile
603-7980 6161   |  603-7980 3535   |operation@mxb2u.com |mxb2u.com |  © 2009, MXB International Holdings Sdn Bhd, Hak Cipta Dilindungi.  |Ketentuan Penggunaan |Polisi & Prosedur